Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) tanah kepunyaan raja; b) tanah kepunyaan kerajaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tanah (kata nama)
Bersinonim dengan daratan, benua, bumi, ardi, bentala, butala;,
Kata Terbitan : bertanah, mengetanahkan,

Peribahasa

423

News lords, new laws

Apabila perintah baharu atau orang lain berkuasa, maka peraturan baharu pula diperkenalkan.

Sekali air besar (gedang), sekali tepian beranjak (beralih)

''Last year, we didn't even have to pay a single cent for our quit rent. But now, wea are told to pay up,'' I said ''Well, that was last year. Now we have a new government. News lords, new laws,'' replied my boss.

''Tahun lepas kita tak perlu bayar satu sen pun cukai tanah. Tapi sekarang kita kena bayar pula,'' kataku. ''Itu tahun lalu, sekarang kerajaan baharu. Sekali air besar (gedang), sekali tepian beranjak (beralih),'' jawab ketuaku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SETINGGAN DI AUSTRALIA

Setinggan di Australia pada mulanya ialah

penggembala-penggembala yang menduduki

tanah kerajaan secara haram. Lama-kelamaan,

ramai antara mereka menjadi penternak lembu

yang kaya dan dihormati.

UMUM 
AUSTRALIA, KERAJAAN

Australia, Kerajaan. Australia ialah persekutuan

yang terdiri daripada enam negeri, dua wilayah

tanah besar, dan lapan wilayah luar. Lihat Australia

(peta politik).

UMUM 
SETINGGANSetinggan ialah orang yang tinggal di atas

sebidang tanah tetapi tidak mempunyai hak milik

atau apa-apa bukti yang menunjukkan bahawa dia

memiliki tanah berkenaan. Dalam sesetengah kes,

seseorang setinggan boleh membuat tuntutan

yang sah terhadap tanah tertentu sekiranya tidak

ada orang lain yang mempunyai tuntutan yang sah

di sisi undang-undang terhadap tanah yang sama.

Pada beberapa zaman tertentu dalam sejarah, para

peneroka telah menjelajah ke kawasan yang belum

diduduki dan kemudiannya menuntut hak milik

terhadap tanah tersebut. Di Australia dan di

Amerika Syarikat, ramai setinggan menduduki

tanah yang belum lagi disukat ataupun diukur

dan yang belum pernah mempunyai sebarang

hak milik. Mereka mendirikan rumah dan

membersihkan tanah berkenaan. Dengan berbuat

demikian, mereka percaya bahawa mereka telah

beroleh hak untuk membeli tanah berkenaan pada

harga yang minimum apabila kerajaan menjualnya.

UMUM 
AFRIKA SELATAN, PETEMPATAN (TANAH AIR)

Afrika Selatan, Petempatan (tanah air)

merupakan kawasan yang dikhaskan oleh kerajaan

Afrika Selatan dahulu untuk dijadikan perkampungan

bagi sesetengah kumpulan penduduknya.

UMUM 
LASEM

LASEM, salah sebuah kerajaan tua di pantai utara Jawa Tengah yang merupakan salah satu daripada ‘tanah-tanah raja’ milik kerajaan Majapahit hingga abad ke-14. Lasem terletak di antara Tuban dengan Jepara tetapi lebih dekat dengan Rembang. Lasem juga nama sebuah gunung dengan ketinggian 807 m. Kedudukan Lasem hanya beberapa kilometer dari pantai dan berhampiran Sungai Lasem.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
KESULTANAN JOHORKESULTANAN JOHOR, institusi kerajaan Johor. Kesultanan Johor bermula daripada Kesultanan Johor-Riau-Lingga yang wujud sekitar abad ke-16. Pusat kerajaannya bermula di tanah besar Johor atau disebut juga 'Hujung Tanah' kemudian beralih ke Riau dan akhirnya sebelum berpecah, sultan bersemayam di Lingga.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
RIAU-LINGGA

RIAU-LINGGA, kesultanan Melayu pada abad ke-18 dan abad ke-19. Nama kerajaan Riau-Lingga diubah bergantung pada tempat pusat kerajaan itu. Setelah kerajaan Melaka dikalahkan oleh Portugis pada tahun 1511, pusat kerajaan didirikan di bahagian  selatan Johor, dan selama abad ke-17, kerajaan Melaka disebut kerajaan Johor. Pada tahun 1699, sewaktu Sultan Mahmud (Marhum Mangkat Dijulang) dibunuh, Bendahara Tun Abdul Jalil dilantik sebagai Sultan dengan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV. Pada tahun yang sama, kerajaan Johor diserang oleh Raja Kecil dari Siak yang mendakwa dirinya putera Sultan Mahmud. Dengan itu, pusat kerajaan Johor dipindahkan ke Pulau Bintan. Pada tahun 1709, sultan dan kerabat istana berpindah ke Riau, Pulau Bintan. Sepanjang abad ke-18, kerajaan Johor disebut Riau-Lingga kerana kota sultan terdapat di beberapa tempat di Riau, dan wilayah yang diperintah sultan termasuk Pulau Lingga, pulau-pulau lain di kawasan Laut China Selatan dan di Semenanjung Tanah Melayu, Johor dan Pahang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
ENAKMEN TANAH PADI 1917

ENAKMEN TANAH PADI 1917,  undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Negeri-negeri Melayu Bersekutu di Kuala Kangsar pada 24 Julai 1917 dengan tujuan untuk menyekat penanaman getah di tanah bendang. Enakmen No. 2 Tahun 1917 ini berkuat kuasa ke atas tanah yang didaftarkan bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu, iaitu Perak, Selangor dan Pahang. Bagi Negeri Sembilan, terdapat perbezaan dalam pentadbiran undang-undang tanah. Tang demikian suatu undang-undang yang hampir sama dengan enakmen ini diluluskan kemudiannya.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
PERJANJIAN PERSEKUTUAN (1948)

Perjanjian Persekutuan (1948), perjanjian

bagi menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada

1 Februari 1948 untuk menggantikan Malayan

Union . Perjanjian ini melaksanakan bentuk kerajaan

Persekutuan dengan menggabungkan semua

negeri-negeri Melayu, iaitu Perlis, Kedah, Pulau

Pinang , Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka,

Johor, Terengganu dan Kelantan ke dalam satu

unit. Dengan itu terhapuslah konsep Negeri-negeri

Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak

Bersekutu dan Negeri-negeri Selat, yang wujud

sejak tahun 1796 di Semenanjung Tanah Melayu.

Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu adalah

asas pembentukan negara Tanah Melayu yang

merdeka (1957) dan pembentukan Malaysia (1963).

UMUM 
PERJANJIAN MALAYSIA

PERJANJIAN MALAYSIA (1963), perjanjian antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan British untuk memerdekakan Singapura, Sabah dan Sarawak menerusi pembentukan Malaysia.  Bagi tujuan ini Parlimen Persekutuan Tanah Melayu telah menggubal Akta Malaysia yang membolehkan ketiga-tiga buah negeri tersebut bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu, dan menukar nama Persekutuan Tanah Melayu kepada Persekutuan Malaysia.  Perjanjian ini telah ditandatangani oleh wakil semua negeri yang terlibat iaitu Britain, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak di London pada 9 Julai 1963.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
1234567

Kembali ke atas