ORANG ASLI CHEYENNE | Orang Asli Cheyenne ialah satu puak Orang Asli Amerika yang terpisah, iaitu kaum Cheyenne Utara dan kaum Cheyenne Selatan. Lebih kurang 2500 Orang Asli Cheyenne Utara tinggal di kawasan tanah rizab Montana, dan kira-kira 2200 Orang Asli Cheyenne Selatan tinggal di Oklahoma. Ramai juga Orang Asli Cheyenne tinggal dan bekerja di bandar. | UMUM | |
RIZAB BARAT | Rizab Barat . Pada tahun 1662, Raja Charles II dari England telah menganugerahi sebuah piagam kepada tanah jajahan Connecticut. | UMUM | |
ARIZONA | Arizona ialah negeri di Barat Daya Amerika Syarikat. Iklim gurun yang panas dan kering menarik perhatian ramai orang. Lebih daripada setengah penduduknya tinggal di Phoenix, ibu negeri dan bandar terbesar di Arizona. Tanah rizab Orang Asli Amerika meliputi kira-kira suku daripada tanah Arizona. Sesetengah Orang Asli Amerika tinggal dalam komuniti yang dibina melebihi 800 tahun dahulu. Ramai orang Amerika keturunan Mexico juga tinggal di Arizona. Pengaruh mereka adalah ketara pada adat resam, makanan, dan nama tempat. | UMUM | |
KUWAIT | Kuwait ialah sebuah negara Arab yang kecil terletak di barat daya Asia, iaitu di hujung sebelah utara Teluk Parsi. Ia bersempadan dengan Iraq dan Arab Saudi. Tanah padang pasir ini merupakan salah satu daripada pengeluar minyak petroleum utama di dunia. Ia mempunyai lebih daripada satu per sepuluh rizab petroleum dunia yang diketahui. | UMUM | |