PULAU KARIMUN | PULAU KARIMUN, kepulauan di dalam kerajaan Johor-Riau pada abad ke-19. kepulauan ini terletak di Selatan Selat Melaka. Kepulauan Karimun iaitu Karimun Besar dan Karimun Kecil merupakan sebahagian daripada beberapa buah pulau besar dan pulau kecil. Pantai utara Pulau Karimun Besar jelas menganjur ke laut, manakala pantai barat dan selatan dikelilingi batu dan batu karang. Bahagian utara pulau agak bergunung-ganang dengan Gunung Jantan merupakan kemuncak tertinggi. Tanah-tanih di Pulau Karimun Kecil terdiri daripada granit, pasir dan tanah liat, tetapi subur. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
AIR BAWAH TANAH | Air bawah tanah, air di bawah permukaan bumi yang tersimpan dalam takungan di zon tepu yang kesemua liang atau lohong di antara kumin tanih dipenuhi air. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
KELODAK | Kelodak ialah bahan berpasir halus dan berselut yang terdiri daripada zarah halus batuan yang mendap ke bahagian dasar sungai dan kumpulan air yang lain. Bahan yang mendap di dalam air atau udara dikenali sebagai enapan. Contoh enapan yang biasa ialah tanah liat, kelodak, pasir, tanih, dan kelikir. Kelodak terdiri daripada zarah halus yang berbeza-beza saiznya, iaitu bergaris pusat daripada 0.004 milimeter hinggalah 0.0625 milimeter. Kebanyakan tanah yang mengandungi longgokan lanar adalah subur. | UMUM | |