Oratorio ialah gubahan muzik dramatik untuk penyanyi. Kebanyakan oratorio adalah berdasarkan cerita keagamaan. Ia dipersembahkan oleh penyanyi solo, korus dan satu orkestra tanpa sebarang lakonan, kostum atau latar belakang pentas. Penyanyi solo menggambarkan pelbagai watak dalam cerita, tetapi korus menonjolkan peranan utama. Walaupun tidak terdapat lakonan atau latar belakang, kesan teater seperti api dan ribut boleh dilakukan oleh penyanyi dan orkestra. Kebanyakan oratorio mempunyai seorang pencerita yang memperkenalkan penyanyi solo dan memberi maklumat lanjut tentang cerita. |