Senarai Warisan Dunia ialah daftar antarabangsa bagi tapak yang mempunyai nilai semula jadi atau nilai kebudayaan yang tinggi. Sesetengah tapak disenaraikan sebagai sebahagian daripada Warisan Dunia kerana pemandangan dan hidupan liarnya yang luar biasa dan menakjubkan. Lain-lain dimasukkan kerana kepentingannya sebagai sebahagian daripada warisan kebudayaan manusia. Sesetengah kawasan mempunyai kedua-dua kepentingan semula jadi dan kebudayaan. |