Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar 1. kitab suci yg diturunkan oleh Allah kpd Nabi Musa: Tuhan telah menurun-kan kitab-kitab spt ~ kpd Nabi Musa, Injil kpd Nabi Isa, Zabur kpd Nabi Daud, dan Quran kpd Nabi Muhammad; 2. hukum Nabi Musa yg dianut oleh orang Yahudi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kitab suci yg diturunkan kpd Nabi Allah Musa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Taurat


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAURATkitab yang diturunkan kepada Nabi MusaAGAMAArtifak/Mentifak
NABI DAN RASUL

Nabi dan rasul ialah orang lelaki daripada

kalangan manusia yang dipilih oleh Allah SWT

dan diturunkan wahyu kepada mereka. Perbezaan

antara nabi dan rasul ialah: Allah SWT

membangkitkan para nabi dengan membawa

syariat baru atau syariat lama, dan menyuruh

mereka beramal dengannya untuk menjadi ikutan

kepada orang lain. Contohnya, banyak nabi di

kalangan Bani Israel, tetapi mereka tidak

diperintahkan berdakwah kepada seluruh manusia,

kerana setiap nabi itu diutuskan kepada kaumnya

sahaja. Manakala para rasul pula dipilih oleh Allah

SWT dan diwahyukan syariat kepada mereka serta

disuruh menyampaikannya kepada seluruh

manusia. Allah SWT menurunkan kitab kepada

Nabi Muhammad SAW., iaitu al-Qur’an. Manakala

Nabi Isa a.s. telah berdakwah untuk beberapa

ketika dengan menyeru kepada ajaran Taurat,

kemudian Allah SWT menurunkan kepadanya

kitab Injil, lalu dia pun menyeru kepada ajaran Injil.

Dengan keterangan di atas, nyatalah bahawa

gelaran rasul lebih umum daripada gelaran nabi,

kerana rasul juga adalah nabi sedangkan nabi

mungkin tidak menjadi rasul.

UMUM 

Kembali ke atas