Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : simbol kimia bagi telurium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Te


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TE RAUPARAHA

Te Rauparaha (1768–1849) ialah ketua Maori dan

salah seorang pahlawan Maori yang paling agung

dan paling kejam antara semua pahlawan Maori

yang dikenali oleh orang Eropah. Baik orang Maori

mahupun pakeha (orang kulit putih) takut kepada

Te Rauparaha. Malahan mereka mengaguminya

lebih daripada mengagumi ketua

pahlawan agung yang lain pada zamannya seperti Hongi Hika, Mananui

Te Heu Heu, dan Te Wherowhero.

UMUM 
TASIK TE ANAU

Tasik Te Anau ialah tasik yang terbesar di Pulau

Selatan New Zealand. Tasik ini luasnya 344

kilometer persegi dan panjangnya melebihi 64

kilometer. Ia mempunyai tiga buah terusan yang

panjang yang menganjur ke luar ke arah

pergunungan di bahagian barat. Kebanyakan

puncak gunung di sekeliling tasik ini menjulang

hingga melebihi 1800 meter di atas aras laut. Te

Anau, sebuah bandar kecil di hujung selatan tasik

ini, merupakan tempat percutian yang popular.

Antara tarikannya ialah perjalanan dengan bot di

Tasik Te Anau. Tasik ini juga merupakan tempat

permulaan Milford Track, iaitu lorong pejalan kaki

yang mengambil masa selama tiga hari untuk

sampai ke Milford Sound. Untuk lokasi, lihat New

Zealand (peta rupa bumi).

UMUM 
TE KOOTI

Te Kooti (1831–1893) ialah pahlawan Maori yang

menjadi ketua dan pemimpin yang teragung

semasa Perang New Zealand. Pada tahun 1865,

pasukan polis dan askar yang sedang memburu

anggota pergerakan pemberontakan Hau Hau telah

menahannya kerana mereka mengesyakinya

sebagai perisik Hau Hau. Tanpa membawanya ke

muka pengadilan, kerajaan terus membuangnya ke

Kepulauan Chatham, iaitu sebuah kumpulan pulau

lebih kurang 725 kilometer ke timur New Zealand.

UMUM 
TE KANAWA, DAME KIRI

Te Kanawa, Dame Kiri (1944– ), penyanyi

opera New Zealand, salah seorang penyanyi

soprano yang paling disanjung di dunia. Dia telah

menyanyikan peranan utama dalam opera karya

penggubah seperti Wolfgang Amadeus Mozart,

Giacomo Puccini, Giuseppe Verdi, Georges Bizet,

dan Richard Strauss.

UMUM 
TELURIUM

Telurium ialah unsur kimia dengan simbol Te. Ia

adalah separa logam. Telurium tulen biasanya

didapati sebagai keluaran sampingan dalam

penapisan tembaga. Secara semula jadi, unsur ini

paling sering wujud berpadu dengan logam

seperti tembaga, emas, plumbum, raksa, dan

perak. Telurium adalah penting dalam pembuatan

aloi tertentu dan dalam penyelidikan separa

pengalir. Ia berfungsi sebagai agen perawatan bagi

getah dan sebagai mangkin dalam penapisan

petroleum. Ia juga digunakan untuk mewarnakan

kaca dan seramik. Nombor atom telurium ialah 52,

dan berat atomnya ialah 127.60. Telurium dalam

bentuk hablur melebur pada 449.8 o C dan mendidih

pada 989.9 o C. Telurium ditemui pada tahun 1782

oleh ahli kimia Austria, Franz Müller von Reichenstein.

UMUM 

Kembali ke atas