ORANG TEMUAN | ORANG TEMUAN, kelompok orang Melayu-Proto. Mereka juga dikenal sebagai orang Melayu Asli dan Jakun. Kebanyakan kelompok ini boleh ditemui se Selangor dan Negeri Sembilan. Perkataan ‘temuan’ diperkenalkan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) selepas banci penduduk pada tahun 1960. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
DIALEK MELAYU ORANG ASLI | DIALEK MELAYU ORANG ASLI, dialek yang dituturkan oleh Orang Asli di Malaysia sebagai bahasa ibunda. Dialek ini terbahagi kepada empat, iaitu dialek Orang Hulu (Jakun), dialek Temuan, dialek Orang Kanak, dan dialek Orang Seletar. Perlu ditegaskan bahawa kekurangan penyelidikan tentang dialek Melayu Orang Asli mengakibatkan keraguan tentang jumlah dan ciri-ciri dialek tersebut. | BAHASA | Bahasa |
BAHASA ORANG ASLI DI SEMENANJUNG | BAHASA ORANG ASLI DI SEMENANJUNG, bahasa yang dituturkan oleh Orang Asli di Semenanjung. Bahasa ini terbahagi kepada dua kelompok besar. Dalam kelompok pertama digolongkan bahasa-bahasa Orang Temuan, Orang Hulu (Jakun, Orang Kanak dan Orang Seletar, yang semuanya berbahasa Melayu sebagai satu-satunya bahasa ibunda mereka. Oleh itu, bahasa suku-suku itu tergolong dalam rumpun bahasa Austronesia, seperti semua dialek Melayu. Tetapi selain Orang Asli yang diklasifikasikan dalam Rumpun Austronesia tersebut, terdapat puluhan ribu Orang Asli yang hanya menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. | BAHASA | Bahasa |
SEMELAI | SEMELAI, suku kaum Orang Asli daripada rumpun bangsa Melayu-Proto. Masyarakat ini terdapat di bahagian selatan negeri Pahang dan utara Negeri Sembilan. Orang Semelai merupakan suku kaum yang ketiga besar dalam rumpun Melayu-Proto selepas Temuan dan Jakun. Kedatangan orang Semelai ke negara ini tidak dapat dipastikan dengan tepat. Ramai orang Semelai percaya bahawa nenek moyang mereka berasal dari Sumatera. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |