Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Tengah malam ke Pulau Pinang,
     Anak Belanda turun ke kapal;
Tengah malam adinda terkenang,
     Air mata turun ke bantal.


Lihat selanjutnya...(4)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TASIK TAUPO

Tasik Taupo, terletak hampir-hampir di tengah

Pulau Utara, merupakan tasik yang paling besar di

New Zealand. Lebarnya 27 kilometer di tempat

yang paling lebar; dan panjangnya 40 kilometer.

Sungai Waikato, iaitu sungai paling panjang di

New Zealand, mengalir dari Tasik Taupo. Bandar

Taupo, iaitu pusat perikanan trout, terletak

berhampiran pinggir utara tasik ini. Di sebelah

selatannya, para pengunjung dapat melihat puncak-puncak

gunung berapi Tongariro, Ruapehu, dan

Ngauruhoe. Mata air panas terbit dari bumi di

banyak tempat di sepanjang pesisir utara dan

selatan tasik ini.

UMUM 
APENNINES

Apennines adalah nama banjaran gunung yang

menganjur dari Teluk Genoa ke bahagian jari kaki

negara Itali yang kelihatan seperti bentuk kasut.

Banjaran ini mempunyai tiga bahagian, iaitu

Apennines utara, Apennines tengah, dan Apennines

selatan. Kawasan ini meliputi dua per tiga daripada

semenanjung Itali. Gunung tua ini adalah antara

bahagian paling rendah di Eropah. Gunung ini telah

haus dek angin dan hujan selama berjuta-juta tahun.

Kemuncak paling tinggi ialah Monte Corno (2914

meter) dan Gunung Amaro (2795 meter). Kemuncak

paling terkenal ialah gunung berapi Vesuvius di

Teluk Nepal. Gunung ini semata-mata terdiri

daripada batu kapur dan marmar. Kuari yang

terdapat berhampiran dengan Carrara terkenal

kerana marmarnya yang berwarna putih bersih.

Lihat juga Vesuvius.

UMUM 
THERMOPYLAE

Thermopylae ialah genting di pantai timur di

Greece . Ia adalah tempat pertempuran terkenal

antara tentera Yunani dengan Parsi pada 480 S.M.

Perkataan Yunani thermopylae bermakna Gerbang

Panas dan merujuk kepada mata air panas

berhampiran genting itu. Kini, kawasan ini terhakis

menjadi dataran berpaya yang luas. Tetapi kira-kira

2500 tahun yang lalu, keluasan genting ini hanya

kira-kira 15 meter dengan puncak paling sempit

dan menjadi tempat terbaik bagi pengembara

memasuki tengah Greece dari arah utara.

UMUM 
SCORPIO

Scorpio ialah buruj (kumpulan bintang) yang boleh

dilihat di kedua-dua hemisfera Utara dan Selatan.

Scorpio ialah lambang zodiak kelapan dan salah satu

buruj paling terang di langit. Dalam mitologi, Scorpio

melambangkan serangga yang menyebabkan

kematian Orion. Buruj ini terdiri daripada suatu

barisan panjang bintang yang cerah yang

menyerupai bentuk kala jengking. Ia mempunyai

bahagian tengah berwarna merah yang ditandai oleh

bintang raksasa merah yang cerah iaitu Antares.

Sengatnya ditandai oleh bintang Lambda Scorpii,

yang juga dikenali sebagai Shaula , iaitu nama yang

berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud

“sengat”. Buruj ini mengandungi bintang lota yang

kilauannya kira-kira 200 000 kali lebih kuat daripada

matahari. Scorpion jelas terpampang pada latar

belakang Bima Sakti dan mengandungi beberapa

gugusan bintang yang menakjubkan. Ini termasuk

M4 (berhampiran Antares), iaitu objek yang dapat

dikenal pasti dengan mudah melalui teropong, dan

M6 dan M7, yang dapat dilihat dengan mata kasar.

Matahari melintasi buruj ini dalam masa yang singkat

pada minggu akhir bulan November.

Lihat juga Astrologi; Astronomi; Zodiak.

UMUM 

Kembali ke atas