| THOMPSON, FRANCIS | Thompson, Francis (1859–1907) ialah penyair Inggeris. Dia menghasilkan puisi penuh emosi yang menggambarkan kepercayaannya yang mendalam terhadap Roman Katolik. “ The Hound of Heaven ” (1893) ialah karyanya yang paling terkenal. Puisi tersebut menggambarkan Jesus Christ sebagai pemburu yang baik hati yang mendalami dan akhirnya menghayati jiwa penyair yang terawang-awang. | UMUM | |
| KUNANG-KUNANG | Kunang-kunang ialah mana-mana anggota daripada satu famili khusus kumbang berbadan lembut yang terkenal kerana mengeluarkan cahaya berkerlipan. Terdapat kira-kira 1900 spesies (jenis) kunang-kunang. Anggota famili kunang-kunang hidup di semua benua kecuali di Antartika. Banyak spesies kunang-kunang aktif pada waktu awal malam, apabila ia boleh dilihat terbang terawang-awang dengan senyap di padang rumput dan laman rumput, memancarkan cahaya kuning. | UMUM | |