TUN SABAN | TUN SABAN (1480-an – 1550-an), pemerintah daerah hulu Sungai Perak hingga ke Kuala Tempong, Tun Saban juga dikenali sebagai Tun Saban. Tun Saban dikatakan berketurunan raja Beruas. Ini berdasarkan anggapan bahawa raja Beruas yang telah dinobatkan oleh Sultan Mahmud pada awal abad ke-16 dahulu membawa gelaran Tun Aria Bija Diraja. Putera-putera baginda juga memakai gelaran Tun misalnya Tun Rana dan Tun Sayid. Bagaimanapun asal usul dan salasilah Tun Saban yang sebenarnya tidak dapat diketahui dengan jelas. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
TUN FATIMAH | TUN FATIMAH ( ? - ?), raja perempuan Melaka. Dia ialah anak Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir. Dia digambarkan sebagai gadis yang sangat cantik. Mengikut Sejarah Melayu, kecantikan Tun Fatimah seperti “... laut madu, bercahaya-cahaya, berkilat, seperti bulan purnama ketika cuaca”. Tun Fatimah berkahwin dengan Tun Ali, anak Seri Nara Diraja Tun Tahir. Sultan Mahmud yang berangkat menghadiri majlis perkahwinan Tun Fatimah jatuh hati kepadanya dan mendendami Bendahara Tun Mutahir kerana tidak memberitahu baginda yang dia mempunyai anak perempuan yang cantik. Hasil perkahwinan tersebut, Tun Fatimah dikurniakan cahaya mata dan diberi nama Tun Terang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
TUN SERI LANANG | Tokoh pengarang yang terkemuka dalam sejarah kesusasteraan Melayu klasik. | SASTERA | Tokoh |
TUN TEJA | Permaisuri Sultan Mahmud Syah, Sultan Melaka dan anak bendahara pahang Seri Buana, bergelar Seri Amar Bangsa Diraja Pahang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
TUN MUTAHIR | TUN MUTAHIR ( ? -1510), bendahara kerajaan Melayu Melaka. Dia adalah anak Tun Ali dengan Tun Kudu, dan anak saudara kepada Tun Perak serta bapa saudara kepada Sultan Mahmud Syah (1488-1511). Dia dilantik menjadi Temenggung semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah (1477-1488). Semasa menjadi Temenggung, dia tidak dapat menjalankan tugasnya dengan berkesan sehingga menyebabkan sultan menjadi murka. Pada tahun 1500 dia dilantik menjadi Bendahara Melaka oleh Sultan Mahmud Syah atas cadangan Tun Senaja, bonda sultan bagi menggantikan Bendahara Tun Putih (1498-1500). Setelah menjadi Bendahara, dia menggunakan gelaran Bendahara Seri Maharaja. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MEMORIAL TUN ABDUL RAZAK | Memorial Tun Abdul Razak ialah tempat pameran barang-barang milik Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Memorial ini terletak di Sri Taman, Jalan Perdana, Kuala Lumpur. | UMUM | |
TUN MAI ULAT BULU | TUN MAI ULAT BULU ( ? - ? ), salah satu watak dalam Sejarah Melayu. Nama sebenar Tun Mai Ulat Bulu ialah Tun Mayuddin. Dia adalah anak Tun Zainal dan cucu kepada Bendahara Paduka Raja Tun Perak. Tun Mai Ulat Bulu berani berdebat dengan gurunya kerana mempertahankan kewibawaan bahasa Melayu. Dia telah berusaha memperdalami ilmu agama dan bahasa Arab dengan berguru kepada Makhdum Sadar Jahan, seorang mualim dan pendeta dari Jeddah yang telah datang ke Melaka untuk berdagang sambil berdakwah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
TUN PERPATIH PERAMUKA BERJAJAR | TUN PERPATIH PERAMUKA BERJAJAR ( ? – ?), bendahara kerajaan Melayu Melaka. Nama asalnya ialah Raden Bagus. Mengikut Sulalatus Salatin, dia adalah putera sulung Raja Muda Melaka yang telah menggantikan ayahandanya Raja Iskandar Syah sebagai raja Melaka. Dia adalah menantu bendahara Tun Perpatih Tulus, iaitu bendahara Melaka yang pertama. Setelah Bendahara Tun Perpatih Tulus meninggal dunia, Raja Muda telah melantik Raden Bagus menjadi bendahara dengan gelaran Tun Perpatih Peramuka Berjajar. Dia dan pembesar-pembesar lain telah berusaha membantu raja Melaka membangun dan memajukan Melaka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SAKARAN DANDAI, TUN | Sakaran Dandai, Tun (1930– ) ialah Yang Dipertua Negeri Sabah yang kelapan (1995-2002). Sebelum menjadi Yang Dipertua Negeri Sabah, dia berkhidmat sebagai Ketua Menteri Sabah selama sembilan bulan selepas Barisan Nasional (BN) membentuk Kerajaan Campuran di Sabah pada bulan Mac 1994. Pada bulan Januari 1995, dia digantikan oleh Datuk Salleh Tun Mohd Said sebagai Ketua Menteri Sabah. | UMUM | |
TUN HABIB ABDUL MAJID | TUN HABIB ABDUL MAJID ( ? -1697), Bendahara Johor. Dia juga dikenal sebagai Tun Abdul Majid. Dia menjadi Bendahara Johor dengan gelaran Bendahara Seri Maharaja. Terdapat dua versi mengenai keturunan Tun Abdul Majid. Kedua-duanya dihubungkan dengan Syed dari Hadramaut. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |