Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Universiti Kebangsaan Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata UKM


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GRUP PEMUISI UKM

GRUP PEMUISI UKM, perkumpulan penyair Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Grup Pemuisi UKM (GPUKM) ditubuhkan pada 17 Disember 1977 di bawah Sekretariat Penerangan dan Penerbitan Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.

SASTERAInstitusi/Organisasi
JABATAN PERSURATAN MELAYU UKM,

JABATAN PERSURATAN MELAYU UKM, sebuah jabatan dalam Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada tahun 1970, semasa Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan, salah satu jabatan sulung yang diwujudkan ialah Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu untuk menyelenggarakan kursus – kursus dalam bidang bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu. Pada bulan Disember 1972, jabatan ini dinaikkan tarafnya sebagai satu fakulti dengan nama Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (kini Institut Alam dan Tamadun Melayu), untuk meliputi tugas yang lebih luas.

BAHASAInstitusi/Organisasi
MUHAMMAD BUKHARI LUBIS

MUHAMMAD BUKHARI LUBIS (1953-     ), penulis dan sarjana kesusasteraan bandingan sufi Inggeris-Arab-Parsi-Turki. Dia lahir pada 16 Ogos 1953 di Makkah. Dalam penulisan, dia menggunakan nama pena H.M. Bukhari Lubis, Rizi S.S. dan A.S. Bagindo. Muhammad Bukhari Lubis mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Temoh, Perak, kemudian menyambung pelajaran di Madrasah Tarbiyah Islamiyah, Sekolah Izzuddin Shah dan Kolej Islam Kelang sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Dia memperoleh Sarjana Muda Pengajian Islam dan Diploma Pendidikan dari UKM pada tahun 1977, ijazah Sarjana Perbandingan Sastera Arab-Parsi dari University of Chicago pada tahun 1980 dan ijazah Doktor Falsafah  dalam bidang Perbandingan Sastera Sufi Arab-Parsi-Turki dari University of California, Berkeley pada tahun 1989. Dia bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, UKM sejak tahun 1977.

SASTERATokoh
SITI HAWA HAJI SALLEH

SITI HAWA HAJI SALLEH (1940-       ), penyelidik kesusasteraan Melayu klasik.  Dia lahir pada 1 Mei 1940 di Alor Setar, Kedah.  Setelah mendapat pendidikan di Sultanah Asma School dan Sultan Abdul Hamid College, Alor Setar, dia meneruskan pengajian di Universiti Malaya dalam bidang pengajian Melayu (1961-1963).  Dia mendapat ijazah sarjana dari universiti yang sama pada tahun 1966 dengan disertasi bertajuk Hikayat Merong Mahawangsa: Suatu Kajian Teks.  Pada tahun 1971 hingga tahun 1995, dia berkhidmat di Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (IBKKM), Universiti Kebangsaan Malaysia.  Dia memperoleh ijazah Doktor Falsafah dari UKM pada tahun 1994.  Pada tahun yang sama, Siti Hawa dilantik sebagai profesor Kesusasteraan Melayu Tradisional di Jabatan Persuratan Melayu, UKM.  Setelah bersara wajib pada tahun 1995, dia meneruskan tugas di tempat yang sama sebagai profesor kontrak.

SASTERATokoh
INSTITUT ALAM DAN TAMADUN MELAYU

INSTITUT ALAM DAN TAMADUN MELAYU, institusi akademik bertaraf fakulti yang mempunyai kedudukan dan struktur ilmiah yang tersendiri dalam universiti. Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) dahulunya dikenal sebagai Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, ditubuhkan secara rasminya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1 Disember 1972. Penubuhannya ada disebut dalam buku Rancangan Malaysia Kedua.

BAHASAInstitusi/Organisasi
SHAFIE ABU BAKAR

SHAFIE ABU BAKAR (1942-     ), penyair dan pengkaji  kesusasteraan Islam.  Dia lahir pada 27 Mei 1942 di Kampung Nyiur, Paka, Terengganu.  Shafie mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Nyiur, Paka (1949-1956).  Kemudian dia mendapat pendidikan di Madrasah Islahiah dan Sekolah Arab Kuala Berang.  Dia lulus Sijil Thanawi (1962) dari Madrasah Sultan Zainal Abidin, Terengganu. Shafie pernah bertugas sebagai guru agama di Sekolah Menengah Agama, Terengganu (1963-1970).  Kemudian dia melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hingga memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera (1974).  Pada tahun 1977, dia memperoleh ijazah Sarjana Persuratan.  Pada tahun 1991, Shafie mendapat ijazah Doktor Falsafah.  Shafie pernah bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Persuratan Melayu, UKM.

SASTERATokoh

Kembali ke atas