RUSTAM A. SANI | RUSTAM A. SANI (1944 - ), penulis, penterjemah dan penyair. Dia lahir pada 11 Ogos 1944 di Ipoh, Perak. Bapanya ialah Haji Abdullah Sani bin Raja Kecil atau lebih dikenal dengan nama Ahmad Boestamam. Rustam menerima pendidikan di Sekolah Kebangsaan Behrang Ulu, Tanjung Malim (1951 – 1955), Methodist English School, Tanjung Malim (1956 – 1963) dan Victoria Institution, Kuala Lumpur (1963 – 1964). Kemudian dia melanjutkan pengajian di Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur hingga memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (1970). Selepas itu, dia melanjutkan pengajian Ijazah Lanjutan bagi mendapatkan Diploma Sosiologi di University Reading, United Kingdom (1973). Pada tahun 1975, Rustam menerima Ijazah Sarjana dalam Pengajian Asia Tenggara di University of Kent, England. | SASTERA | Tokoh |