Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (unésco) akronim bagi United Nations Educational Scientific and Cultural Organi-sation (Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata UNESCO


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PROGRAM PENERBITAN BERSAMA ASIA PASIFIK (ACCU)Program pengembangan buku anjuran Asia Pacific Cultural for Unesco (ACCU), Tokyo, Jepun.SASTERAKegiatan
POLITEKNIK UNGKU OMARPOLITEKNIK UNGKU OMAR, institusi pendidikan yang melatih lulusan sekolah menengah menjadi tenaga separa profesional pada peringkat sijil dan diploma dalam pelbagai bidang kejuruteraan, teknologi dan perdagangan. Politeknik Ungku Omar telah ditubuhkan pada tahun 1968 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan bantuan United Nation of Educations Science and Culture Organisation (UNESCO). Peruntukan sebanyak RM24.5 juta diperoleh daripada United Nation Development Programme (UNDP). UNESCO telah dipertanggungjawabkan untuk merancang dan melaksanakan pembinaan politeknik yang pertama di Malaysia di kawasan seluas 22.6 hektar di Jalan Dairy, Ipoh, Perak.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
TERUMBU SAWAR BESAR

Terumbu Sawar Besar ialah kelompok

terumbu karang yang terbesar di dunia. Terumbu

ini menganjur di sepanjang pantai timur laut

Australia (lihat Australia [peta rupa bumi]).

Terumbu Sawar Besar bukan sawar berterusan

tetapi terdiri daripada beribu-ribu terumbu

berasingan yang bertaburan. Terumbu tersebut

telah tersenarai dalam Senarai Khazanah Dunia

yang disusun oleh UNESCO (United Nations

Educational, Scientific and Cultural Organization –

(Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) kerana saiznya

yang unik dan tumbuh-tumbuhan dan ikannya yang

pelbagai. Hampir kesemua terumbu di perairan

Australia kini terletak dalam Taman Marin

Terumbu Sawar Besar, iaitu taman marin terbesar

di dunia. Kawasannya seluas lebih kurang 350 000

kilometer persegi.

UMUM 
ROYAN REVOLUSI

ROYAN REVOLUSI, novel karya Ramadhan K.H. Novel yang ditulis pada tahun 1961 ini memenangi hadiah pertama Sayembara Penulisan Novel UNESCO-Ikatan Penerbitan Indonesia pada tahun 1968. Pada tahun 1971, novel ini diterbitkan oleh Penerbit Gunung Agung, Jakarta. Novel setebal 308 halaman ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis oleh Monique Zaini-Lajoubert.

SASTERAKarya
NOMA CONCOURS FOR PICTURE BOOK ILUSTRATIONS

Noma Concours for Picture Book Illustrations, peraduan ilustrasi buku bergambar yang dianjurkan oleh Asia/Pacific Cultural Centre for UNESCO (ACCU).

SASTERAKegiatan
ZIARAH,ZIARAH,  novel karya Iwan Simatupang.  Novel ini diterbitkan pada tahun 1969 oleh Penerbit Djambatan, di Jakarta, Indonesia.  Ziarah pernah mendapat Hadiah harapan pada sayembara UNESCO yang dianjurkan oleh Ikatan Penerbitan Indonesia dan hadiah Sastera ASEAN 1977.SASTERAAdat

Kembali ke atas