UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, universiti keenam di Malaysia. Universiti ini ditubuhkan pada 16 Februari 1984. Hasrat utamanya adalah bagi menambahkan tenaga pengurus yang mahir dan menampung bilangan pelajar ke peringkat pengajian tinggi yang sentiasa meningkat. Kampus sementara Universiti Utara Malaysia (UUM) terletak di Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah. Walaupun berupa kampus sementara tetapi lengkap dengan berbagai-bagai kemudahan seperti Pusat Komputer, Dewan Besar, kemudahan rekreasi, kompleks sukan dan sebagainya di kawasan seluas 64 ekar. Kampus sementara UUM sekarang ini diambil alih oleh Institut Perguruan Darul Aman (IPDA).
Thanks for clicking. That felt good.