Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tetapi (kata tugas)
Bersinonim dengan namun, sebaliknya, melainkan, kecuali.,

Peribahasa

Batu hitam tak bersanding.

Bermaksud :

Walaupun kelihatannya lemah tetapi sukar mengalahkannya. (Bandingkan dengan: Batu bulat tak bersanding).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MONROE, MARILYN

Monroe, Marilyn (1926–1962) ialah pelakon

filem wanita Amerika. Kecantikannya menjadikan

dia simbol seks yang masyhur di seluruh dunia.

Tetapi walaupun dia

berjaya dalam dunia

perfileman, Monroe

mempunyai kehidupan

yang tragik. Dia mati

ketika berusia 36 tahun

akibat memakan pil tidur

secara berlebihan.

UMUM 
SENI ARCA

Seni arca adalah satu daripada seni yang paling

kompleks. Walaupun perkataan seni arca pada

asalnya bermakna memotong dan melibatkan

teknik mengukir, tetapi objek yang dibentuk

dikenali sebagai arca. Contoh arca berbeza-beza

daripada arca yang berkuasa oleh Michelangelo

hingga kepada topeng upacara orang Afrika, dan

daripada patung batu yang menghiasi katedral

hingga kepada gegantung (mobile) logam yang

berayun gemalai apabila ditiup angin.

UMUM 
PLASEBO

Plasebo ialah sejenis bahan yang kadangkala

digunakan oleh doktor sebagai ubat walaupun ia

tidak mengandungi sebarang ramuan bahan yang

aktif. Plasebo boleh melegakan pesakit dan ada

kalanya menyembuhkan pesakit. Plasebo kelihatan

sama seperti dadah biasa, tetapi biasanya hanya

mengandungi larutan gula atau garam. Doktor ada

kalanya menggunakan plasebo sebagai dadah biasa

kerana mendatangkan kesan positif terhadap kira-

kira 30 peratus pesakit. Pembaikan hasil

penggunaan bahan bukan aktif ini dikenali sebagai

kesan plasebo.

UMUM 
KEMATIAN

Kematian bermakna berakhirnya kehidupan.

Semua benda hidup akhirnya akan mati, tetapi

barangkali hanya manusia yang boleh membayangkan

kematian mereka. Kebanyakan manusia

takut kepada kematian dan mencuba untuk tidak

memikirkan tentangnya. Walaupun begitu, sikap

berhati-hati terhadap kematian merupakan salah satu

daripada dorongan utama yang membentuk

tamadun manusia. Sepanjang peredaran sejarah,

manusia tidak pernah berhenti mencari kaedah

perubatan terkini untuk melambatkan kematian. Ahli

falsafah dan ketua agama telah mencuba untuk

memahami makna sebenar kematian. Sesetengah

para cerdik pandai percaya bahawa perkembangan

manusia ini ialah hasil daripada kemampuan

manusia mengatasi kematian dan memperoleh

keabadian hasil pencapaiannya yang berkekalan.

UMUM 
NARKOLEPSI

Narkolepsi adalah sejenis penyakit yang

menyebabkan penghidapnya tidur berlebihan.

Orang yang menghidap narkolepsi mudah tidur

beberapa kali di siang hari, walaupun mereka cukup

tidur pada waktu malam. Penyakit ini tidak diketahui

sebabnya. Tetapi bukti menunjukkan ia berpunca

daripada keturunan. Doktor boleh melegakan

masalah ini dengan memberi ubat, tetapi penyakit

narkolepsi tidak dapat disembuhkan.

UMUM 
PETA

Peta ialah gambaran tentang bumi atau mana-mana

cakerawala lain yang dilukis atau dicetak.

Kebanyakan peta menunjukkan sebahagian atau

semua permukaan bumi. Tetapi, peta juga mungkin

menunjukkan planet lain, bulan atau kedudukan

bintang di angkasa. Kebanyakan peta adalah rata,

walaupun sesetengahnya mempunyai permukaan

timbul. Glob ialah peta dalam bentuk bola.

UMUM 
PEMINDAHAN JISIMOperasi yang terdapat dalam setiap loji pemprosesan industri kimia, petrokimia, gas asli, petroleum, makanan, elektronik, dan biologi. Dalam industri tersebut, bahan mentah diproses secara kimia atau fizik untuk menghasilkan produk yang lebih berharga. Walaupun setiap industri melibatkan bahan mentah dan produk yang berbeza, ia menggunakan operasi pemprosesan tertentu yang mempunyai persamaan antara satu industri dengan industri yang lain. Pemisahan minyak mentah dengan menggunakan penyulingan, pemisahan pepejal daripada ampaian menggunakan penurasan, dan penyingkiran air melalui penyejatan merupakan contoh operasi unit yang digunakan dalam industri. Setiap operasi unit seperti penyulingan berbeza dari segi fizikal bagi industri petrokimia dan industri pemprosesan minyak sawit, tetapi direka bentuk berasaskan teknik dan prinsip yang sama.KEJURUTERAANProses/Tindak Balas
PSORIASIS

Psoriasis ialah sejenis penyakit kulit, yang

dicirikan oleh tompokan tebal yang timbul dan

berwarna merah, dan dilitupi sisik yang putih

keperakan. Pada kebanyakan orang, hanya

tompokan itu sahaja gejala penyakit itu. Tetapi

tompokan itu mungkin memedihkan, pecah dan

berdarah, terutama jika kulitnya radang kerana

digaru. Tompokan itu biasanya terdapat pada siku

dan pada lutut. Namun dalam kes yang teruk,

tompokan mungkin meliputi seluruh tubuh.

Sejenis artritis dikaitkan dengan banyak kejadian

psoriasis, walaupun tompokan kulit itu tidak

menyebabkan artritis.

UMUM 
ASHURBANIPAL

Ashurbanipal, yang juga dieja Assurbanipal ,

ialah raja besar Assyria yang terakhir. Selama

pemerintahannya (668–627 S.M.), Assyria menjadi

kuasa dunia yang utama. Empayarnya termasuk

Babylonia, Parsi, Syria, dan Mesir. Tetapi dalam

pemerintahannya juga kuasa Assyria mula merosot.

Pada tahun 651 S.M., orang Assyria diusir keluar

dari Mesir. Perang saudara dengan Babylonia

melemahkan lagi empayarnya, walaupun Assyria

memenangi perang itu pada tahun 648 S.M.,

Ashurbanipal merupakan pahlawan yang digeruni

dan penaung seni yang agung. Di istana dirajanya,

baginda mengumpulkan satu koleksi besar tulisan

Sumeria, Babylonia, dan Assyria. Perpustakaan

yang terdiri daripada batu bersurat daripada tanah

liat ini, kini tersimpan di Muzium British,

merupakan panduan yang paling baik tentang

sejarah Mesopotamia.

Lihat juga Dunia, Sejarah (gambar).

UMUM 
ORATORIO

Oratorio ialah gubahan muzik dramatik untuk

penyanyi. Kebanyakan oratorio adalah berdasarkan

cerita keagamaan. Ia dipersembahkan oleh

penyanyi solo, korus dan satu orkestra tanpa

sebarang lakonan, kostum atau latar belakang

pentas. Penyanyi solo menggambarkan pelbagai

watak dalam cerita, tetapi korus menonjolkan

peranan utama. Walaupun tidak terdapat lakonan

atau latar belakang, kesan teater seperti api dan

ribut boleh dilakukan oleh penyanyi dan orkestra.

Kebanyakan oratorio mempunyai seorang

pencerita yang memperkenalkan penyanyi solo

dan memberi maklumat lanjut tentang cerita.

UMUM 
1234

Kembali ke atas