Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
warna (kata nama)
1. Bersinonim dengan rona: dondon, ragi,

2. Bersinonim dengan ragam: corak, sifat, keadaan,

Kata Terbitan : warna-warni, berwarna-warni, berwarna-warna, mewarnai, mewarnakan, pewarnaan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TERRACOTTA

Terracotta ialah sejenis barang tembikar yang

keras dan tahan lama. Seperti barang tembikar

yang lain, terracotta dibuat daripada sejenis tanah

liat yang dibakar. Warnanya berbagai-bagai, iaitu

daripada warna kuning pucat dan warna coklat

hinggalah kepada berbagai-bagai warna merah.

Terracotta biasanya tidak diglis. Terracotta

digunakan dengan meluas untuk membuat pasu

bunga, air pancut, jubin, hiasan seni bina, dan arca

hiasan taman. Oleh sebab terracotta mudah

dibentuk, ramai pengarca menggunakannya untuk

membuat model awal. Terracotta berkembang

pada zaman prasejarah. Orang Yunani dan Rom

purba menggunakan bahan ini untuk membuat

objek hiasan, di samping talang, paip, dan bahan

binaan lain. Perkataan terracotta berasal daripada

perkataan Itali yang bermaksud “tanah masak”.

UMUM 
NILAM

Nilam, sejenis batu permata yang keras dan jernih.

Ia juga adalah sejenis mineral korundum. Nilam yang

terkenal ialah nilam biru. Warnanya berpunca dari

sejumlah kecil besi dan titanium yang berada di

dalam batu. Nilam juga ada dalam pelbagai warna

seperti kuning, hijau putih, hitam, ungu dan oren.

Nilam bukan biru dinamakan nilam hiasan.

Korundum berjenis merah dikenali sebagai delima.

UMUM 
TIEPOLO, GIOVANNI BATTISTA

Tiepolo, Giovanni Battista (1696–1770) ialah

pelukis terkenal Itali yang terakhir daripada

kumpulan Venitian. Dia pada mulanya meminati

Paolo Veronese. Kemudian dia mencipta satu gaya

mural berwarna-warni yang hebat yang

kemudiannya amat digemari di Eropah pada tahun

1770-an. Banyak lukisan muralnya menggambarkan

peristiwa bersejarah dan alegori yang hebat. Ia

memaparkan watak aktif yang dilukis

menggunakan warna pastel yang ceria.

Tiepolo lahir di Venice, Itali. Selepas tahun 1750,

dia banyak berkarya di Jerman dan Sepanyol.

Karyanya termasuk hiasan untuk istana ketua

biskop di Würzburg, Jerman dan di Istana Diraja di

Madrid . Beberapa lukisan minyak kecil Tiepolo

untuk mural besarnya dipamerkan di Muzium Seni

Metropolitan, New York City.

Lihat juga Seni lukis (Hiasan).

UMUM 
SERPENTIN

Serpentin ialah mineral yang mempunyai

komposisi kimia Mg3Si205(0H)4. Ia wujud dalam dua

bentuk yang jelas. Antigorit , sejenis mineral yang

berkeping, didapati dalam batu-batan yang besar.

Batu-batan ini sering bercapuk-capuk dengan

pelbagai warna hijau. Apabila digilap, ia kelihatan

seperti marmar. Serpentin demikian digunakan

sebagai batu hiasan yang dikenali sebagai antik

hijau , atau marmar serpentin . Krisotil , sejenis

serpentin berserat ialah jenis asbestos yang

paling penting. Krisotil dilombong di Kanada,

Kazakhstan, Rusia, dan Afrika Selatan.

UMUM 
TIFFANY, LOUIS COMFORT

Tiffany, Louis Comfort (1848–1933) ialah pereka

bentuk kaca berwarna yang ulung pada akhir tahun

1800-an dan awal tahun 1900-an. Dia merupakan

tokoh penting Amerika dalam penciptaan gaya seni

antarabangsa yang dikenal sebagai art nouveau .

Gaya ini berkembang dari tahun 1890-an hingga

lebih kurang tahun 1910 (lihat Art nouvean ).

Tiffany lahir di New York City. Bapanya, Charles

Lewis Tiffany, memulakan perniagaan barang kemas

yang terkenal. Tiffany memulakan kerjayanya

sebagai pelukis, tetapi kemudian meminati seni

hiasan, terutama kaca berwarna. Pada tahun 1879,

dia menubuhkan syarikat perkongsian dengan

beberapa pelukis moden. Syarikat ini mengkhusus

kepada reka bentuk dan hiasan dalaman sezaman.

Pada tahun 1880, Tiffany memohon paten untuk kaca

berwarna yang iridesen – iaitu yang bertukar warna

jika dilihat dari sudut berlainan. Pada tahun 1885, dia

memulakan syarikat kacanya sendiri. Pada tahun

1894, dia mendaftarkan nama Favrile untuk hasil

kerja kaca iridesen buatan tangannya.

Lihat juga Kaca (gambar; Tingkap kaca berwarna).

UMUM 

Kembali ke atas