MAARUF MAHMUD | MAARUF MAHMUD (1920- ), penulis. Dia lahir pada 4 Disember 1920 di Hulu Yam Baru, Hulu Selangor, Selangor. Dia juga menggunakan nama pena Marmah dan Merak Mas. Maaruf mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Ulu Yam Baru (1926-1927) dan Sekolah Melayu Port Swettenham hingga tahun 1930. Dia menyambung persekolahannya di High School Klang (1931-1934). | SASTERA | Tokoh |
RAJA BOT RAJA JUMAAT | RAJA BOT RAJA JUMAAT (1849-1916), pentadbir daerah Lukut. Dia adalah putera Raja Jumaat bin Raja Jaafar dan ibunya ialah Senai, puteri Sultan Muhammad. Semasa berumur lapan tahun, dia telah khatam al-Qur’an. Tiga tahun kemudian dia dihantar ke Melaka untuk mendapat pendidikan di Sekolah Inggeris Melaka. Dia dijaga oleh Kolonel Ronald Macpherson, Residen Kauselor Melaka. Selepas itu, dia diajar hal-hal perniagaan oleh Baba Chee Yam Chuan, saudagar Melaka yang juga sabahat baik Raja Jumaat. Chee Yam Chuan banyak membantu pembangunan Lukut. Raja Bot kembali ke Lukut setelah berada di Melaka selama dua tahun. Dalam usia 13 tahun, dia membantu ayahnya menjalankan peniagaan, khususnya membeli keperluan seperti pakaian, candu dan makanan yang dijual kepada pekerja lombong. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |