YAMTUAN ANTAH | YAMTUAN ANTAH ( ? -1887), Yamtuan Negeri Sembilan (1876-1887). Nama penuh baginda ialah Tunku Laksamana Antah ibn Almarhum Raja Radin. Baginda pernah memakai gelaran Alwatak birabbi-ghapur Yamtuan Tunku Antah Seri Menanti ibn Almarhum Yamtuan Raja Radin @ Almalikulmanan al-Sultan Tunku Antah ibn Almarhum Raja Radin. Baginda ialah putera Yamtuan Radin dan cucu kepada Raja Lenggang (raja yang terakhir dijemput dari Minangkabau untuk dirajakan di Negeri Sembilan). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
RAJA ABDULLAH | RAJA ABDULLAH (? – 1858), Yamtuan Muda Johor yang kesembilan (1857-1858). Dia juga dikenal sebagai Engku Haji Muda. Raja Abdullah adalah putera Yamtuan Muda Raja Jaafar dengan Raja Lebar binti Yamtuan Muda Raja Ali. Dia menggantikan Yamtuan Muda Raja Ali yang mangkat pada tahun 1857. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
RAJA ALI | RAJA ALI (1810-1857), Yamtuan Muda Johor yang kelapan (1845-1857). Raja Ali adalah putera Yamtuan Muda Raja Jaafar dengan Raja Lebar binti Yamtuan Muda Raja Ali. Dia dilantik sebagai Yamtuan Muda Johor pada tahun 1845 menggantikan saudaranya, Yamtuan Muda Raja Abdul Rahman. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
DATO' SIAMANG GAGAP | DATO’ SIAMANG GAGAP (? - ?), pembesar Negeri Sembilan pada masa pemerintahan Yamtuan Antah (m.m. 1872-1889). Nama sebenarnya ialah Abdul Kahar bin Mukmin. Dia mendapat gelaran Dato’ Siamang Gagap daripada Yamtuan Antah, mengambil sempena kepercayaan orang tua-tua bahawa negeri yang terdapat siamang yang ‘gagap’ tidak akan dapat dikalahkan oleh musuh. Gelaran tersebut diberikan kerana keberanian dan sifat kepahlawanannya. Dia juga terkenal dengan panggilan Dato’ Imam Perang kerana mengetuai pasukan Yamtuan Antah ketika mempertahankan Seri Menanti daripada serangan British. Dato’ Siamang Gagap menjadi tempat rujukan Yamtuan Antah dalam urusan pemerintahan dan dia juga sangat dihormati rakyat jelata. Dia tidak pernah tunduk kepada tekanan British yang campur tangan dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran negeri. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ISTANA AMPANG TINGGI | ISTANA AMPANG TINGGI, istana Yamtuan Ulin, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Kelima (m.m. 1861-1869), yang dikenal juga dengan gelaran Yamtuan Imam. Istana ini siap dibina pada tahun 1865. Tapak asal istana ini terletak di kawasan sawah padi di Kampung Ampang Tinggi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bangunan/Kota |
RAJA ALI IBNI DAENG KEMBOJA | RAJA ALI IBNI DAENG KEMBOJA (? – 1805), Yamtuan Muda Johor yang kelima (1784-1805). Dia adalah putera Yamtuan Muda Daeng Kemboja dengan Raja Fatimah binti Daeng Marewah. Dia dilantik sebagai Yamtuan Muda menggantikan Raja Haji yang mangkat di Teluk Ketapang pada tahun 1784. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ABDUL RAHMAN RAJA JAAFAR | ABDUL RAHMAN RAJA JAAFAR ( ? -1844), Yamtuan Muda Johor yang ketujuh (1833-1844). Nama sebenarnya ialah Raja Abdul Rahman bin Raja Jaafar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
SULTAN MAHMUD SYAH III | SULTAN MAHMUD SYAH III ( ? – 1812), Sultan Johor (1761-1812). Baginda adalah putera Sultan Abdul Jalil Muazam Syah. Baginda menduduki takhta kerajaan Johor menggantikan kekandanya, Sultan Ahmad Syah, yang mangkat pada tahun 1761. Oleh sebab baginda masih kanak-kanak, pemerintahan diterajui oleh Yamtuan Muda Daeng Kemboja. Pada tahun 1777, Daeng Kemboja meninggal dunia. Jawatan Yamtuan Muda digantikan oleh Raja Haji. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SAYID SHAABAN | SAYID SHAABAN ( ? -1871), Yamtuan Muda Rembau (1832-1836). Di lahir di Rembau, Negeri Sembilan. Nama sebenarnya ialah Sayid Shaaban bin Sayid Ibrahim. Ayahnya seorang guru agama dan ibunya berketurunan Melayu, berasal dari Melaka. Tidak diketahui tentang riwayat hidup Sayid Shaaban sebelum tahun 1830-an. Dia mula terkenal setelah berkahwin dengan puteri Raja Ali Raja Aman, Yamtuan Muda Rembau. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
JEMPOL | JEMPOL, luak pentadbiran tanah mengandung dalam sistem tradisional Negeri Sembilan. Jempol tidak mempunyai Undang dan diperintah terus oleh Yamtuan Besar. Jempol dibahagikan kepada lima mukim iaitu Rompin, Serting Hilir, Jelai, Serting Hulu dan Kuala Jempol. Pusat pentadbiran daerah ialah Bandar Baru Serting. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |