Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : gelaran utk raja yg memerintah, sultan, tuanku; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : gelaran utk raja yg memerintah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Yang Dipertuan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ADAT PERTABALAN YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN

ADAT PERTABALAN YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN, upacara menabalkan Yang Dipertuan Negeri Sembilan yang baharu untuk menggantikan Yang Dipertuan yang mangkat. Adat pertabalan tersebut diadakan di balai penghadapan. Alat kebesaran dipasang di kawasan istana dinamakan ‘mendirikan adat’. Alat tersebut ialah 16 kaki payung kuning, lapan bilah keris, lapan bilah pedang, lapan bilah tombak, dan 16 helai bendera Negeri Sembilan. Semuanya dibawa oleh juak-juak istana yang berpakaian kuning, hitam dan merah.

            

BUDAYAKonsep
KERAJAAN NEGERI SEMBILAN

KERAJAAN NEGERI SEMBILAN, institusi pemerintahan Negeri Sembilan. Rajanya memakai gelaran Yang Dipertuan Besar. Keturunan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan hari ini daripada Raja Lenggang yang memerintah Negeri Sembilan (1808-1824). Walau bagaimanapun, sebelum baginda, sudah ada beberapa orang raja yang memerintah Negeri Sembilan, misalnya, Raja Kasah, Raja Adil, Raja Melewar dan Raja Hitam. Mengikut sumber yang ada, Raja Kasah dan Raja Adil diturunkan dari takhta kerajaan kerana gagal memerintah dan memajukan adat sebagaimana dikehendaki Dato' yang menjemput mereka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
RAJA MUHAMMAD YUSUF

RAJA MUHAMMAD YUSUF (1820-an-1899), Yang Dipertuan Muda Riau yang ke-10 (1858-1899). Dia lahir di Pulau Penyengat, Riau, Indonesia. Dia adalah putera Raja Ali, Yang Dipertuan Muda Riau yang kelapan. Dia dilantik sebagai Yang Dipertuan Muda Riau pada 17 Disember 1858.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
AHMAD ZAIDI ADRUCE MUHAMMED NOOR, TUN

Ahmad Zaidi Adruce Muhammed Noor,

Tun (1924–2003), Yang Dipertuan Negeri Sarawak

yang kelima (1985–2003).

UMUM 
RAJA ALAM

RAJA ALAM (? - ?), pemerintah Minangkabau pada abad ke-16. Raja Alam juga dikenal sebagai Yang Dipertuan Sakti. Berdasarkan Kaba Cindo Mato iaitu teks tradisional Minangkabau, terdapat tiga orang pemerintah Minangkabau, dan setiap seorang menguasai kawasan perlombongan emas. Raja Ibadat bersemayam di Sumpur Kudus, Raja Alam bersemayam di Pagarruyung dan Raja Adat bersemayam di Buo, di Sungai Sinamar. Mereka ini bergelar Raja nan Tigo Selo.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
RAJA HAJI

RAJA HAJI (1730-an-1784), Yang Dipertuan Muda Riau yang keempat (1777-1784). Raja Haji juga dikenal sebagai Engku Kelana, Pangeran Suta Wijaya dan Almarhum Mangkat di Teluk Ketapang. Raja Haji adalah anak Daeng Celak, Yang Dipertuan Muda Riau yang Kedua.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
RAJA ALAM, RABBU AL-ALAM IBNI RAJA KECIL

RAJA ALAM, RABBU AL-ALAM IBNI RAJA KECIL (? – 1765), Yang Dipertuan Besar Siak. Baginda adalah putera Raja Kecil (Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah Johor) dengan isteri anak Dipati Batu Kucing, Rawas, Sumatera. Baginda dilantik oleh ayahandanya sebagai Raja Muda Siak. Raja Alam berkahwin dengan Daeng Khatijah, anak Daeng Parani.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ALAT KEBESARAN DIRAJA NEGERI SEMBILAN

ALAT KEBESARAN DIRAJA NEGERI SEMBILAN, sekumpulan alatan yang menjadi lambang kekuasaan serta pengesahan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

BUDAYAKonsep
SULTAN SALLEHUDDIN SYAHSULTAN SALLEHUDDIN SYAH ( ? -1778), Sultan Selangor yang pertama (1756-1778). Nama sebenar baginda ialah Raja Lumu.  Baginda adalah putera Daeng Celak, Yang Dipertuan Muda Riau (1728-1745).  Pada zaman remajanya, Raja Lumu tinggal di Selangor, tempat penghijrahan orang Bugis.  Baginda kemudiannya telah dilantik sebagai pengganti ketua Bugis Selangor.  Dalam Tuhfat al-Nafis, disebut bahawa baginda bergelar Yang Dipertuan Selangor seawal tahun 1756.  Namun demikian, sehingga Raja Lumu meningkat dewasa, urusan pentadbiran negeri Selangor dijalankan oleh pemangku raja.  Selangor pada masa itu, merupakan sebuah negeri takluk Riau yang dikuasai oleh Yang Dipertuan Muda Bugis, Daeng Kemboja (1745-1777).SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
DAENG CELAK

DAENG CELAK (? -1745), Yang Dipertuan Muda Riau-Johor yang kedua dengan gelaran Sultan Alaudin Syah ibn Opu (m.m. 1728). Dia juga disebut Daeng Pali, putera keempat Opu Tendribureng Daeng Rilaka, anak saudara Arumpone, Raja Bone. Pada akhir abad ke-17, Daeng Rilaka berangkat dari Sulawesi mengembara ke tanah barat dengan puteranya berlima saudara. Pada waktu itu, Daeng Celak masih muda. Pada tahun 1722, Daeng Marewah, abang Daeng Celak, dilantik oleh Sultan Sulaiman dari kerajaan Johor sebagai Yang Dipertuan Muda Riau-Johor. Pada waktu yang sama, Daeng Celak telah dinikahkan dengan Tengku Mandak, saudara  Sultan Sulaiman. Daeng Celak dilantik sebagai Yang Dipertuan Muda Riau-Johor apabila Daeng Marewah meninggal dunia pada tahun 1728.

           

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
123

Kembali ke atas