AQUINAS, SAINT THOMAS | Aquinas, Saint Thomas (1225?–1274), salah seorang ahli falsafah teragung. Dari abad ke abad, dia telah mempengaruhi pemikiran Kristian, terutamanya Roman Katolik. | UMUM | |
KELANG | Kelang, bandar dan daerah di negeri Selangor. Sejarah perkembangan penempatan Kelang dapat dikesan pada abad ke-15 dan abad ke-16, iaitu pada zaman Kesultanan Melaka. Tun Perak dilantik sebagai penghulu untuk mentadbir Kelang. Meskipun begitu, Kelang telah ada seorang ketua tempatan yang dikenal dengan nama Tuk Engku Kelang, iaitu satu jawatan tradisi yang sudah pun ada sebelum kemunculan kuasa Bugis di Selangor. | UMUM | |
MAGNA CARTA | Magna Carta ialah dokumen yang menandakan langkah tegas ke hadapan dalam perkembangan kerajaan berperlembagaan di England. Pada abad- abad berikutnya, kebanyakan bahagian lain dunia juga turut mendapat faedah daripadanya, kerana banyak negara demokrasi mengikuti perundangan Inggeris dalam membentuk kerajaan masing- masing. | UMUM | |
PERANG SALIB | Perang Salib ialah nama sempena serangan askar-askar Kristian yang tersusun membentuk satu gagasan untuk menguasai Palestin. Serangan ini berlaku antara abad ke-5 dan abad ke-8 H./ 11–14 M. Serangan ini disebabkan oleh dua faktor utama, iaitu bentuk muka bumi Palestin yang strategik dari segi geografi yang menyambungkan di antara timur dengan barat, dan keinginan menguasai tempat suci (Baitulmaqdis). Seterusnya mereka juga bertujuan menyekat usaha pembukaan negara- negara dan kejayaan orang Islam yang bersifat toleransi terhadap agama-agama samawi yang lain. Mereka telah menyusun tentera yang datang dari Eropah Barat dan melancarkan lapan serangan utama antara tahun 490 H. dan 669 H., 1096 M. dan 1270 M. Tahun tersebut dianggap sebagai tahun peluasan ekonomi bagi Eropah Barat dan peningkatan kekuatan senjata. | UMUM | |
AHMAD SHAWQIY | Ahmad Shawqiy (1258 H.–1351 H./1842 M.– 1932 M.) ialah penyair Arab moden. Ahmad Shawqiy mempelajari syair daripada tokoh silam syair Arab abad ke-19 dan permulaan abad ke-20. Dia lahir di Kaherah dan berasal daripada keluarga kacukan Arab, Kurdis, Turki, Sharkasi dan Yunan. Dia dibesarkan dalam kehidupan mewah dan selesa kerana mempunyai hubungan kekeluargaan dengan keluarga al-Khudiwiy Isma‘il dan keturunan al- Khudiwiy. | UMUM | |
RIAU-LINGGA | RIAU-LINGGA, kesultanan Melayu pada abad ke-18 dan abad ke-19. Nama kerajaan Riau-Lingga diubah bergantung pada tempat pusat kerajaan itu. Setelah kerajaan Melaka dikalahkan oleh Portugis pada tahun 1511, pusat kerajaan didirikan di bahagian selatan Johor, dan selama abad ke-17, kerajaan Melaka disebut kerajaan Johor. Pada tahun 1699, sewaktu Sultan Mahmud (Marhum Mangkat Dijulang) dibunuh, Bendahara Tun Abdul Jalil dilantik sebagai Sultan dengan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV. Pada tahun yang sama, kerajaan Johor diserang oleh Raja Kecil dari Siak yang mendakwa dirinya putera Sultan Mahmud. Dengan itu, pusat kerajaan Johor dipindahkan ke Pulau Bintan. Pada tahun 1709, sultan dan kerabat istana berpindah ke Riau, Pulau Bintan. Sepanjang abad ke-18, kerajaan Johor disebut Riau-Lingga kerana kota sultan terdapat di beberapa tempat di Riau, dan wilayah yang diperintah sultan termasuk Pulau Lingga, pulau-pulau lain di kawasan Laut China Selatan dan di Semenanjung Tanah Melayu, Johor dan Pahang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
HUKUM NEWTON | Beberapa hukum asas fizik yang dikemukakan oleh Sir Isaac Newton pada abad ke-17. | FIZIK | Teori/Teorem/Hukum |
SALAHUDDIN AL-AYYUBI | Pengasas Empayar Ayyubiyyah yang memerintah Mesir, Syria, palestin, Utara Mesopotamia dan Yaman sekitar penghujung abad ke 6 H./12 M. | AGAMA | Tokoh |
EJAAN DAN TULISAN BAHASA MELAYU | EJAAN DAN TULISAN BAHASA MELAYU, sistem ejaan yang telah wujud sejak abad ke-4 dan mendapat pengaruh dari India seperti Kawi (Kavi) dan Pallava, tulisan Bencong, tulisan Jawa, tulisan Arab atau yang keudiannya bertukar menjadi tulisan Jawi dan tulisan Rumi.
| BAHASA | Bahasa |
TERNATE | TERNATE, sebuah kerajaan pada abad ke-13 dan pulau penghasil rempah. Di samping menjadi kota pelabuhan, Ternate adalah pusat penyebaran Islam di kawasan timur Nusantara. Dari abad ke-13 hingga abad ke-17, Ternate menjadi ibu negeri Kepulauan Maluku. Hasilan utama Ternate ialah rempah, kopra ikan dan sumber laut yang lain. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |