Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata abangnya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ODIN

Odin ialah ketua dewa dalam mitologi Norse. Dia

juga dinamakan Wotan. Odin menjadi pemerintah

alam semesta selepas dia dan kedua-dua abangnya,

Ve dan Vili, membunuh gergasi ais Ymir, makhluk

bernyawa yang pertama. Dari badan Ymir yang besar

itu, mereka mencipta Midgard, iaitu bumi; dan mula

membina Asgard, tempat tinggal dewa-dewa.

UMUM 
DOMITIAN

Domitian (51–96 M.) menggantikan abangnya

Titus sebagai maharaja Rom pada tahun 81 M.

Bapanya Vespasian pernah menjadi maharaja Rom

dari tahun 69 M hingga tahun 79 M.

UMUMTokoh
LILIUOKALANI, LYDIA KAMEKEHA

Liliuokalani, Lydia Kamekeha (1838–1917),

memerintah sebagai ratu Hawaii dari tahun 1891

hingga tahun 1893. Baginda menjadi ratu selepas

kemangkatan abangnya, Raja David Kalakaua.

UMUM 
PHILIP, KING

Philip, King ( ? –1676) ialah ketua kaum Orang

Asli Wampanoag di Amerika Utara pada tahun

1662. Nama sebenarnya ialah Metacomet. Dia

adalah anak kepada Massasoit sahabat kepada

Bapa Penziarah. Philip menggantikan abangnya

sebagai ketua.

UMUM 
MAHMUD II

Mahmud II (1199 H.–1255 H./1784 M.–1839 M.)

ialah Sultan Mahmud II putera Sultan Abdul Hamid

I, salah seorang sultan kerajaan Uthmaniyyah.

Baginda lahir di Islambul (sekarang digunakan

nama Istanbul) dan menduduki takhta

pemerintahan selepas abangnya, Sultan Mustafa IV

pada tahun 1223 H./1808 M. Namanya dikaitkan

dengan gerakan pembaikan dalaman bagi

menyusun semula kerajaan dan memerangi

gerakan reformasi di Najd yang diketuai oleh Imam

Muhammad ibn Saud dan Muhammad ibn ‘Abd al-

Wahhab lebih-lebih lagi apabila gerakan ini

mampu menggabungkan Hijaz dan Ahsa dalam

Kerajaan Pertama Saudi. Namanya juga dikaitkan

dengan penyusunan tentera Turki dan

menukarkannya kepada sistem ketenteraan yang

teratur. Usaha penyusunan tentera ini selesai pada

tahun 1241 H./1825 M.

UMUM 
MUHAMMAD AL-AMIN AL-‘ABBASIY

Muhammad al-Amin al-‘Abbasiy (170 H.–198

H./787 M.–813 M.), khalifah Bani Abbasiyyah. Nama

penuhnya ialah Muhammad ibn Harun al-Rashid

ibn al-Mahdiy ibn al-Mansur. Dia lahir di pinggir

kota Baghdad, enam bulan selepas kelahiran

abangnya al-Ma’mun. Ibunya bernama Umm Ja‘far

Zubaydah bint Ja‘far ibn al-Mansur. Tidak terdapat

seorang pun dari golongan Bani Abbasiyyah yang

kedua-dua ibu bapa mereka daripada golongan

Bani Hashim kecuali al-Amin. Dia dilantik menjadi

khalifah selepas kematian ayahnya pada tahun 193

H./808 M. berdasarkan wasiat ayahandanya sendiri.

Al-Ma’mun pula dilantik menjadi pemimpin di

Khurasan dan wilayah di bawahnya. Dia dijanjikan

jawatan khalifah selepas al-Amin. Walau

bagaimanapun, pada tahun 195 H./810 M., al-Amin

memecat al-Ma’mun daripada jawatan Putera

Mahkota. Al-Ma’mun kemudiannya menyeru al-

Amin meletak jawatan di Khurasan, manakala dia

digelar Amir al-Mu’minin. Selepas itu berlaku

peperangan antara dua orang bersaudara ini.

Tentera al-Ma’mun mengepung kota Baghdad

dalam tempoh yang lama. Peperangan tersebut

berakhir dengan terbunuhnya al-Amin di bandar al-

Salam.

UMUM 
NADAWIY, ABU AL-HASAN AL-

Nadawiy, Abu al-Hasan al- (1333 H– /

1914 M– ), pendakwah besar Islam yang aktif.

Nama penuhnya ialah Abu al-Hasan ‘Ali al-Husniy

al-Nadawiy. Dia lahir di kampung Tikyah dalam daerah

Ray Barili, India. Ayahnya meninggal dunia semasa

dia berumur sembilan tahun. Pendidikannya

diuruskan oleh abangnya yang sulung iaitu ‘Abd

al-‘Ali yang merupakan pengetua Nadwah al-‘Ulama.

Al-Nadawiy belajar al-Qur'an di rumah dan

menghafaznya. Dia mula mempelajari bahasa Arab,

Parsi dan Inggeris ketika berumur 18 tahun.

Kemudian dia melanjutkan pelajaran di Fakulti

Sastera Arab di Universiti Lucknow dan merupakan

pelajar yang paling muda. Dia mempelajari hadith di

Nadwah al-‘Ulama’ selama dua tahun, kemudian

menjadi pensyarah di Dar-al ‘Ulum iaitu pusat

pengajian lanjutan dari Nadwah al-‘Ulama’. Al-

Nadawiy menyumbang tulisannya dalam majalah

Arab yang berjudul al-Diya’ yang dikeluarkan oleh

Nadwah al-‘Ulama’. Dia kemudiannya menjadi ketua

editor majalah al-Nadwah al-‘Ilmiyyah yang berbahasa

Urdu seperti majalah al-Ta‘mir.

UMUM 
THE CID

The Cid (1040?–1099), juga dikenali sebagai El Cid,

salah seorang wira Sepanyol. Nama sebenarnya

ialah Rodrigo Díaz. Gelaran The Cid berasal

daripada perkataan Arab El Sayyid yang bermakna

the lord . The Cid berkhidmat dalam pasukan

tentera yang diketuai oleh Sancho II, dari Castile.

Apabila Sancho dibunuh, abangnya yang dibenci,

Alfonso, menjadi raja dan mengusir Cid.

UMUM 
BHUMIBOL ADULYADEJ

Bhumibol Adulyadej (1927–       ) menjadi raja

Thailand pada tahun 1946. Dia merupakan raja

berdaulat yang kesembilan dalam dinasti Chakri,

yang diasaskan pada tahun 1782. Bhumibol menjadi

raja setelah abangnya Ananda, raja yang tidak

ditabalkan, ditemui mati ditembak pada tahun 1946

sejurus sebelum pertabalannya. Kematian Ananda

masih menjadi misteri.

UMUM 
MUTAWAKKIL ‘ALALLAH, AL-

Mutawakkil ‘Alallah, al- (207 H.–247 H./822 M.–

861 M.), khalifah kerajaan Abbasiyyah. Nama

penuhnya ialah Ja‘far ibn al-Mu‘tasim ibn al-Rashid

ibn Muhammad al-Mahdiy ibn al-Mansur al-

‘Abbasiy. Dia lahir di Famm al-Sulh (sebuah

kampung di tebing Sungai Dajlah yang berdekatan

dengan sebuah tempat yang bernama Wasit).

Ibunya bernama Shuja‘ yang berasal daripada

Khawarizm. Al-Mutawakkil ‘Alallah telah dididik

oleh ibunya untuk mewarisi takhta kerajaan. Dia

dilantik sebagai khalifah selepas abangnya al-

Wathiq (232 H./847 M.). Pada zaman

pemerintahannya, dia dikenali sebagai pelopor era

baru dalam kerajaan Abbasiyyah, yang dikenali

sebagai Zaman Abbasiyyah yang Kedua. Pada

zaman itu, orang-orang Turki menguasai

kedudukan dalam kerajaan terutama dalam

ketenteraan dan pentadbiran.

UMUM 
12

Kembali ke atas