Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ʕa.bi.din]/[a.bi.din] | عابدين

Definisi : Ar jamak bagi abid. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata abidin


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ZAINAL ABIDIN SAFARWANahli perkamusan.BAHASATokoh
ZAYN AL-‘ABIDIN IBN ‘ALI

Zayn al-‘Abidin ibn ‘Ali (1936 – ) ialah

presiden Republik Tunisia yang ditabalkan pada

tahun 1987. Dia lahir di Hammam, Susa dan

menerima pendidikan peringkat menengah di

Susa. Semasa menuntut, dia melibatkan diri dalam

Barisan Pemuda Negara yang menjalankan aktiviti

menentang penjajah.

UMUM 
SULTAN ZAINAL ABIDIN WONGISULTAN ZAINAL ABIDIN WONGI ( ? - ? ), pemerintah pertama Islam di Ternate, Sulawesi, Indonesia. Nama sebenar baginda ialah Tidore Wongi. Setelah memeluk agama Islam lebih kurang pada akhir abad ke-15 (1460-1470), baginda telah menukar nama kepada Sultan Zainal Abidin.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SULTAN ZAINAL ABIDIN ISULTAN ZAINAL ABIDIN I ( ? -1733), Sultan Terengganu yang pertama (1725-1733).  Baginda adalah putera Tun Habib Abdul Majid atau dikenal juga dengan Bendahara Padang Saujana.  Baginda adalah pengasas kesultanan Terengganu keturunan Bendahara Johor.  Berdasarkan Tahfat al-Nafis, Tun Zainal Abidin ditabalkan di atas takhta kerajaan Terengganu oleh Daeng Menampuk atau Raja Tua, dengan titah Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah, Johor.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ZAINAL ABIDIN S.M.ZAINAL ABIDIN S.M. (1898-1960-an), pendidik dan ahli politik. Dia lahir pada bulan Oktober 1898 di Pulau Pinang.  Nama seberanya ialah Sultan Maidin Zainal Abidin.  Zainal Abdidin S.M. mengajar di Penang Free School. Di sekolah inilah dia mendapat pendidikan rendah dan menengahnya. Dia menjadi guru di sekolah ini selama 20 tahun dan mengajar mata pelajaran Ilmu Alam, Kesihatan, Bahasa Inggeris, Bahasa Latin, Bahasa Perancis, Bahasa Melayu dan Ilmu Hisab.  Kemudian dia dilantik sebagai Guru Besar Sekolah St. Francis selama 10 tahun.  Sebelum bersara pada bulan Julai 1953, dia bertugas sebagai nazir Sekolah-Sekolah Pulau Pinang selama lima tahun.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
KOLEJ AGAMA SULTAN ZAINAL ABIDIN

Kolej Agama Sultan Zainal Abidin

(KUSZA) ialah sebuah pusat pengajian tinggi

Islam. KUSZA yang terletak di Gong Badak,

mempunyai kawasan seluas 144 hektar (350 ekar),

dan jaraknya kira-kira 15 kilometer dari bandar

Kuala Terengganu.

UMUM 
SULTAN ZAINAL ABIDIN IIISULTAN ZAINAL ABIDIN III (1866-1918), Sultan Terengganu yang ke-11 (1881-1918). Baginda adalah putera Sultan Ahmad Syah.  Baginda terkenal sebagai seorang yang alim.  Antara guru baginda ialah Tuk Ku Paloh, Wan Muhammad bin Wan Abdullah dan Habib Omar.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ZAINAL ABIDIN SAFARWANZAINAL ABIDIN SAFARWAN (1932-     ), ahli perkamusan.  Dia lahir pada 27 Jun 1932 di Singapura. Dia bersekolah Melayu dan memasuki Special Malay Class di Victoria School Singapura hingga tamat Sijil Persekolahan pada tahun 1952.  Zainal Abdidin mula bekerja dengan majalah Bulanan Malaya Di Singapura sebaik sahaja tamat persekolahan.  Apabila majalah itu ditutup pada tahun 1965 dia berpindah ke majalah Radio Weekly.  Pada tahun 1968, dia berpindah pula ke Berita Harian di Kuala Lumpur, sehinggalah dia bersara pada tahun 1987.BAHASATokoh
MADRASAH SULTAN ZAINAL ABIDIN

MADRASAH SULTAN ZAINAL ABIDIN, sekolah agama Arab terawal di Terengganu. Sekolah ini didirikan pada tahun 1925 di Kuala Terenganu. Nama sekolah ini mengambil sempena nama Sultan Zainal Abidin III (1881-1918).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
AZIZAN ZAINAL ABIDIN, TAN SRI

Azizan Zainal Abidin, Tan Sri (1935-2004), pentadbir awam dan tokoh korporat Malaysia.

EKONOMI DAN PENGURUSANTokoh
12345

Kembali ke atas