tubuh yang dijangkiti bakteria. Nanah mengandungi
bakteria, plasma darah, dan debris daripada sel
yang mati. Ia juga mengandungi sel darah putih
yang digunakan oleh badan untuk mencegah
jangkitan. Abses biasanya akan kelihatan merah dan
bengkak yang boleh pecah dan mengalir. Abses
mungkin terjadi di dalam mana-mana tisu yang
dijangkiti bakteria.
Aktinomikosis ialah penyakit berjangkit yang
jarang-jarang ditemui yang menjejaskan kesihatan
manusia. Ia dicirikan oleh pembentukan abses
yang menyakitkan pada mulut, paru-paru, atau
organ penghadaman.
Apendisitis ialah radang apendiks vermiform
(lihat Apendiks ). Ia terjadi akibat jangkitan bakteria.
Apendiks menjadi bengkak dan berisi nanah. Nanah
mungkin terkumpul dan menyebabkan abses. Atau
apendiks mungkin pecah, menyebabkan jangkitan
merebak ke organ badan di sekelilingnya. Ia juga
boleh menyebabkan peritonitis , radang selaput
yang melapisi rongga abdomen (lihat Peritonitis ).
Nanah ialah cecair putih kuning yang dikeluarkan
oleh badan semasa berlaku jangkitan. Ia
mempunyai limfa dan sel darah putih. Pada masa
dahulu, doktor bercakap tentang nanah laudable,
yang dikatakan menunjukkan keadaan luka yang
memuaskan. Kini mereka tidak percaya bahawa
nanah adalah “landable”. Bagaimanapun, doktor
mengakui pembentukan nanah sebagai satu cara
badan boleh melawan jangkitan.
Lihat juga Abses.
Thanks for clicking. That felt good.