Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.bu] | ابو

Definisi : 1. sisa sesuatu yg telah hangus dibakar atau terbakar: ~ drpd ranting dan daun kering yg dibakar boleh dijadikan baja; ~ dapur; ~ rokok; 2. debu, serbuk; ~ kayu (Hut) bahan tak organik (terutama oksida, karbonat, dan fosfat drpd kalsium, kalium, dan magnesium) yg terdapat di dlm kayu; ~ logam (Hut) bahan lebihan logam yg tertinggal selepas selesai proses pembakaran lengkap kayu atau bahan organik lain; spt ~ di atas tunggul prb Mn dgn mudah boleh tercampak atau terhalau, tidak bererti, tidak tetap (suami dlm rumah keluarga isteri­nya dlm masyarakat Minangkabau dan di tempat-tempat tertentu di NS); sudah jadi ~ arang prb sudah rosak sama sekali, tidak ada gunanya lagi; terpegang di ~ hangat prb Mn baru saja memulai sesuatu pekerjaan sudah mendapat kesusahan; mengabu menjadi abu, menyerupai abu; mengabui 1. membubuh abu (pd sesuatu); 2. = ~ mata ki menyebabkan (seseorang) terpedaya hingga tidak mengetahui atau menyedari keadaan atau tujuan yg sebenar, mengelirukan, menyesatkan pandangan, memperdaya: beliau mengingatkan pen­duduk-penduduk di situ supaya mengawasi tindak-tanduk golongan yg cuba ~ mata orang ramai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.bu] | ابو

Definisi : kalah (dlm permainan congkak dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.bu] | ابو

Definisi : suatu pangkat di Siam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.bu] | ابو

Definisi : 1 sisa barang yg telah habis terbakar: ~ dapur; ~ rokok. 2 kotoran yg halus-halus; debu: ~ jalan. berabu ada abunya atau terdapat abu pdnya. mengabu menjadi abu; menyerupai abu. mengabui menaburkan abu pd; menyebabkan berabu. ~ mata menyesatkan pandangan; menipu; memperdaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata abu

Puisi
 

Cik Abu orang Peringgit,
     Siang malam main perahu;
Buku tebu boleh kugigit,
     Buku buluh belum tahu.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Berdiang di abu dingin.

Bermaksud :

Tidak memperolehi pertolongan daripada saudara sendiri, ketika dalam kesusahan, kerana ia juga dalam keadaan yang serupa; tidak mendapat suguhan waktu bertamu di rumah orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ABU ABDULLAH

Abu Abdullah ( ? –1533?), dalam bahasa Inggeris

dikenali sebagai Boabdil ialah Raja Moor yang

terakhir di Granada yang kini sebuah wilayah di

selatan Sepanyol. Nama Arabnya ialah Abu Abdullah.

Abu Abdullah juga digelar sebagai “si kerdil” dan

memerintah dengan gelaran Muhammad XI. Pada

tahun 1482, baginda merampas takhta daripada

ayahnya. Baginda seorang raja yang zalim dan tidak

adil. Pada tahun 1492, tentera Ferdinand dan Isabella,

pemerintah Castile dan Aragon, menyerang Granada

dan mengalahkan Abu Abdullah. Semasa Abu

Abdullah meninggalkan kerajaannya yang telah

hilang itu, baginda menoleh untuk melihat

kerajaannya kali yang terakhir. Tempat baginda

berhenti untuk menoleh itu masih ditunjukkan

kepada pelancong sebagai “keluhan terakhir Raja

Moor”. Abu Abdullah pergi ke Afrika dan di sana

baginda dikatakan mangkat dalam pertempuran.

UMUM 
SHIRAZIY, ABU ISHAQ AL-

Shiraziy, Abu Ishaq al- (393–476 H. / 1003–1084M.),

ahli fiqh, sejarawan dan juga sasterawan.

Nama penuhnya ialah Ibrahim ibn ‘Ali ibn Yusuf al-

Shiraziy al-Shafi’iyy Abu Ishaq. Dia lahir di Fayruz

Abad dan menghabiskan zaman kanak-kanaknya di

sana. Kemudian dia berhijrah ke Shiraz dan Basrah

serta Baghdad. Dia berguru daripada ulama-ulama

terkenal di sana seperti Abu ‘Abdullah

al-Baydawiy, Abu Hatim al-Qazwiniy, al-Zujjaj, Abu

Bakr al-Barqaniy dan Abu al-Tayyib al-Tabariy.

Walau bagaimanapun berlaku sedikit perselisihan

antaranya dengan al-Tabariy dalam pengajiannya.

Ramai tokoh yang berguru padanya. Antaranya

ialah Abu ‘Abdullah al-Hamidiy, Abu al-Qasim al-

Samarqandiy dan Abu al-Hasan ibn ‘Abd al-Salam

dan ramai lagi. Al-Shiraziy sendiri pernah berkata:

“Semasa saya pergi ke Khurasan, di sana saya

tidak temui walau seorang kadi, mufti mahupun

khatib melainkan semuanya terdiri daripada murid-murid

dan sahabat saya”. Al-Shiraziy mengarang

beberapa buah buku yang menjadi bahan rujukan

dalam mazhab Syafi’i. Antaranya seperti al-Tabsirat

fi Usul al-Fiqh, al-Lam fi Usul al-Fiqh’ al- Nakt fi al-

Khilaf wa al-Tanbih’ al-Muhadhdhib Tabaqat al-

Fuqaha’. Al-Shiraziy meninggal dunia di Baghdad.

UMUM 
ABU

 Abu ialah bahan yang tinggal selepas sesuatu

bahan organik terbakar. Perkataan abu biasanya

merujuk kepada mineral yang diperoleh daripada

batu arang, kayu, atau bahan bakar lain yang

terbakar. Analisis abu makanan atau  bahan

terbakar yang lain boleh menentukan mineral yang

terkandung di dalamnya. Misalnya, ujian kimia abu

susu yang terbakar menunjukkan bahawa ia

mengandungi kalsium. Abu rumpai laut mempunyai

kandungan iodin yang tinggi. Abu terbang , iaitu

debu yang dikeluarkan oleh loji kuasa yang

membakar batu arang, biasanya digunakan sebagai

baja tanah.

UMUM 
ABU ZAKI FADZIL

ABU ZAKI FADZIL (1926- ), penulis dan pendakwah. Dia lahir pada 11 November 1926 di Jejawi, Perlis. Nama sebenarnya ialah Abu Bakar bin Haji Muhammad Fadzil. Selain nama pena Abu Zaki Fadzil, dia juga menggunakan nama Badruzzaman, Dali, Ibnu Ariffin, Pak Abu dan Ramuna.

SASTERAKonsep
ABU AL-HASSAN, AL-ASH’ARIY

Abu al-Hassan, al-Ash’ariy (260 H.–324 H./

873 M.–936 M.) ialah ahli ilmu kalam. Nama

penuhnya ialah Abu al-Hassan ‘Ali ibn Isma’il ibn

Ishaq ibn Salim ibn Isma’il ibn ‘Abdullah ibn Musa

ibn Bilal ibn Abu Musa ibn Bilal ibn Abu Burdah

ibn Abu Musa al-Ash’ariy. Dia berasal daripada

keturunan seorang sahabat yang terkenal, iaitu

Abu Musa al-Ash’ariy. Menurut satu pendapat, dia

dinasabkan kepada al-Ash’ariy kerana

berketurunan al-Ash’ariy ibn Udad. Tetapi

menurut pendapat lain, dia bergelar al-Ash’ariy

kerana mempunyai rambut yang lebat ketika lahir.

UMUM 
ABU AL-FARAJ, AL-ASFAHANIY,

Abu al-Faraj, al-Asfahaniy (284 H.–356 H./

897 M.– 966 M.), tokoh sastera yang terkenal pada

abad ketiga Hijrah dan berasal daripada keluarga

Umawiyyah. Nama penuhnya ialah Abu al-Faraj Aliy

ibn al-Husayn ibn Muhammad ibn Ahmad al-

Asfahaniy. Dia lahir di Isfahan dan kemudian

berpindah ke Baghdad untuk menetap di sana. Di

Baghdad, Abu al-Faraj berguru dengan para alim

ulama dalam bidang bahasa dan periwayatan

seperti Abu Bakar ibn Darid, Abu Bakar ibn al-

Anbariy, al-Fadl ibn al-Hibab al-Jumhiy, ‘Ali ibn

Sulayman al-Akhfashiy, Naftawayh, Muhammad ibn

Jarir al-Tabariy, Ahmad ibn Ja‘far, Jahzah dan

beberapa orang perawi lagi. Abu al-Faraj

mempunyai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk

syair, lagu, cerita-cerita rakyat, hadith sahih, ilmu

keturunan, bahasa, nahu, ilmu tentang amalan

khurafat, ilmu peperangan dan sejarah. Dia juga

menguasai ilmu yang berkaitan dengan deria dan

cara perubatannya, ilmu kedoktoran, astronomi dan

farmasi. Oleh sebab kemampuannya menguasai

pelbagai bidang ilmu ini, dia layak digelar sebagai

seorang pakar, fasilitator, ahli sejarah dan hafiz.

UMUM 
ABU ZAYD AL-ANSARIY

Abu Zayd al-Ansariy ( ?–251 H./ ? –830 M.),

pakar ilmu nahu dan pengarang buku-buku sastera

dan bahasa. Nama penuhnya ialah Sa‘id ibn Aws ibn

Thabit al-Ansariy. Dia ialah imam yang terkenal.

Dia mampu menguasai ilmu bahasa dan ilmu-ilmu

yang sukar dikuasai oleh orang lain. Dia berguru

dengan Abu ‘Amru ibn al-‘Ala’, Ru’yah ibn al-‘Ajaj,

‘Amru ibn ‘Abid, Abu Hatim al-Sajistaniy, Abu

‘Ubayd al-Qasim ibn Salam, ‘Umar ibn Shu‘bbah dan

sekumpulan tokoh lain. Abu al-‘Abbas pernah

berkata, “Abu Zayd seorang yang berkebolehan

dalam ilmu nahu tetapi masih tidak mampu

menyaingi al-Khalil dan Sibawayh. Sekalipun Yunus

menyamainya dalam penguasaan ilmu bahasa,

namun Yunus lebih mengatasinya dalam ilmu nahu.

Abu Zayd ialah orang ketiga dalam penguasaan

ilmu nahu”.

UMUM 
SHATIBIY’, ABU ISHAQ AL-

Shatibiy’, Abu Ishaq al- ( ? –790 H./? –1388 M.),

ulama usul dan hafiz dari kalangan imam mazhab

Maliki. Nama sebenarnya ialah Abu Ishaq ibn

Ibrahim ibn Musa ibn Muhammad al-Lakhamiy

al-Gharnatiy al-Shatibiy’. Ramai ulama yang belajar

dengannya seperti Al-Fakhar al-Albiriy, Abu

‘Abdullah al-Balnasiy, Abu ‘Abdullah al-Sharif al-

Tilmasaniy, Abu Bakr ibn ‘Asim dan ‘Abdullah

al-Bayyatiy.

UMUM 
ABU BAKAR AL-BAQIRBU BAKAR AL-BAQIR (1907-1973), ulama, ahli politik dan pendidik. Dia lahir di Gunung Semanggol, Perak. Pendidikan awalnya bermula di Sekolah Melayu Gunung Semanggol dan Sekolah Pondok al-Rahmaniah (1919) dan Sekolah Pondok Dairat al-Ma’arif, Kepala Batas, Seberang Perai Utara (1924).SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
ABU NUWAS

Abu Nuwas (129 H.–198 H./747 M.– 814 M.), salah

seorang penyair terkenal pada abad ke-2 H. Nama

sebenarnya ialah al-Hasan ibn Hani’. Dia lahir di

daerah al-Ahwaz, Iraq dan meninggal dunia di

Baghdad. Ibunya juga kelahiran al-Ahwaz. Bapanya

ialah seorang tentera Khalifah Marwan ibn

Muhammad dan dia merupakan penduduk

Damsyik. Abu Nuwas mempunyai dua orang

saudara, iaitu Abu Muhammad dan Abu Mu‘adh.

Ketika bapanya meninggal dunia, Abu Nuwas masih

kecil dan berusia enam tahun. Setelah itu, dia

dibawa oleh ibunya ke Basrah dan menyerahkannya

kepada seorang penjual minyak wangi dan

kemudian menghantarnya belajar di sebuah

sekolah. Di sini dia mula mengenali seorang

penyair yang suka berjenaka bernama Walibah ibn

al-Habbab. Dia mendidik Abu Nuwas sehingga

besar.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas