Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kalah (dlm permainan congkak dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata abu II


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SALIM II

Salim II (930–982 H./1523–1574M.), sultan ke-11

dalam kerajaan Uthmaniyyah atau putera Sultan

Sulayman I. Baginda lahir di Istanbul dan

mewarisi takhta pemerintahan daripada

ayahandanya pada tahun 974 H./1566 M. Selepas

kemangkatan Sultan Sulayman I, kerajaan ini tetap

mengamalkan polisi peluasan negara

sebagaimana tradisi kerajaan Uthmaniyyah sejak

dahulu. Akan tetapi secara beransur-ansur

kerajaan Uthmaniyyah mengalami zaman

kelemahan sejak diperintah oleh sultan ini.

Baginda merupakan antara sultan yang tidak

pernah turun ke medan perang. Walau

bagaimanapun, kerajaannya mengalami banyak

peristiwa penting; antaranya penaklukan pulau

Cyprus dari tangan orang Bonodochia.

Kemenangan tersebut disebabkan adanya

beberapa tokoh terkemuka semenjak zaman

ayahandanya seperti Muhammad Suqlili, Mufti

Besar Abu Sa’ud dan Nasyanji Muhammad Dibyali

al-Qibtan Pasha. Pada zamannya juga, Yaman

dapat diambil semula selepas pemberontakan

yang dicetuskan oleh puak Syi’ah al-Zaydiyyah.

UMUM 
ABU AL-HAYTHAM IBN AL-TAYHAN

Abu al-Haytham ibn al-Tayhan ( ? –20 H./

? –641 M.), sahabat Rasulullah SAW daripada

golongan Ansar. Nama sebenarnya ialah Malik ibn

al-Tayhan. Dia berasal daripada keturunan kabilah

al-Aus iaitu salah satu kabilah yang terdapat di

Madinah. Walaupun dia dibesarkan pada zaman

Jahiliah tetapi dia amat membenci penyembahan

berhala. Dia berpegang pada agama tauhid. Oleh

sebab itu dia segera memeluk Islam dan

merupakan antara enam orang terawal menemui

Rasulullah SAW di Makkah dan beriman kepada

Baginda. Dia juga hadir dalam dua Bai’ah, iaitu

Bai’ah Aqabah I dan Bai’ah Aqabah II serta dilantik

sebagai salah seorang naqib.

UMUM 
MU‘ADH IBN JABAL

Mu‘adh ibn Jabal (20 S.H.–18 H./603 M.–639

M.), sahabat Nabi s.a.w. dari kaum Ansar,

berketurunan suku Khazraj dari Madinah. Nama

penuhnya ialah Mu‘adh ibn Jabal Abu ‘Abd al-

Rahman. Dia memeluk Islam hasil usaha Mus’ab

ibn Umayr r.a. Mu‘adh turut serta ke Makkah dan

terlibat dalam Perjanjian ‘Aqabah II serta berbai’ah

bersama Rasulullah s.a.w. Nabi Muhammad s.a.w.

mempersaudarakannya dengan Ja‘far ibn Abu

Talib r.a.

UMUM 
TASIK NASSER

Tasik Nasser, terbentuk apabila air Sungai Nil

disekat oleh Empangan Tinggi Aswan di Mesir.

Tasik ini dinamakan sempena nama presiden

Mesir, Gamal Abdel Nasser. Empangan yang mula

beroperasi pada tahun 1968 itu terletak 684

kilometer ke selatan Kaherah. Tasik tersebut

dipenuhi air sepenuhnya pada tahun 1981. Tasik

Nasser meliputi kira-kira 4014 kilometer persegi.

Air dari tasik tersebut digunakan untuk mengairi

tanah ketika kekurangan air dan untuk menjana

kuasa hidroelektrik. Kuil Abu Simbel yang dibina

oleh firaun Ramses II, dipotong dari cenuram di

sepanjang Sungai Nil dan dialihkan ke tanah yang

lebih tinggi bagi mengelak daripada air yang naik

(lihat Kuil Abu Simbel ).

Lihat juga Empangan Tinggi Aswan.

UMUM 

Kembali ke atas