ACAR | ACAR, campuran pelbagai jenis bahan makanan sama ada buah-buahan, sayur-sayuran, telur rebus atau ikan yang dimasak dengan cuka, garam dan gula. | BUDAYA | Konsep |
ASID LAKTIK | Asid laktik ialah asid organik biasa yang ditemui di dalam susu dan makanan tenusu lain yang telah menjadi “masam”. Ia juga didapati di dalam <i> sauerkraut i> , acar dan bir. Ia wujud dalam dua bentuk iaitu <i> asid D-laktik i> dan <i> asid L-laktik. i> Asid D-laktik terbentuk dengan penapaian gula. Asid L-laktik ditemui di dalam darah manusia dan haiwan. Semasa berlakunya aktiviti bertenaga, asid L-laktik berkumpul di dalam tisu otot hingga menyebabkan kesakitan dan kelesuan. Perlahan- lahan ia akan hilang apabila otot pulih semula. | UMUM | |
MUSTARD | Mustard ialah nama satu famili tumbuhan tahunan, berdaun yang tumbuh di kawasan sederhana. Serbuk yang dibuat daripada biji jenis mustard tertentu digunakan dalam kuah salad, untuk memperasa daging, dan untuk menyediakan acar dan sesetengah jenis ikan. | UMUM | |
ADAT PERKAHWINAN SULUK | ADAT PERKAHWINAN SULUK, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Suluk di sebelah pantai timur Sabah seperti di Sandakan, Lahad Datu dan Semporna. Lazimnya ibu bapa mencari pasangan untuk anak lelaki mereka. Si ibu mengadakan satu ujian ke atas gadis yang bakal menjadi menantunya dengan cara meminta gadis tersebut tinggal di rumahnya dan bekerja untuk beberapa waktu. Selain membantu kerja rumah, gadis itu diminta ‘mengutu’ iaitu menyisir atau menguruskan rambut si ibu. Tujuannya adalah untuk mengetahui sejauh mana kerelaan gadis tersebut untuk bersama atau berkahwin dengan anak lelakinya. Sekiranya didapati ada kesesuaian, barulah diadakan acar merisik. | BUDAYA | Konsep |