ALAT ACUAN DAN PEMBUATAN ACUAN | Alat acuan dan pembuatan acuan. Alat acuan ialah alat pembentuk acuan yang tepat digunakan untuk membentuk atau memotong logam atau bahan-bahan lain. Pembuatan acuan ialah proses pengeluaran acuan. | UMUM | |
OKARINA | Okarina ialah alat tiup permainan kecil jenis wisel. Ia diperbuat daripada tanah liat yang dibentuk dengan acuan atau plastik, dan berbentuk seperti telur angsa. Namanya diperoleh daripada bentuk perkataan dalam bahasa Itali bermakna angsa. Okarina mempunyai mouth piece , dan melaluinya, pemain akan menggetarkan pernafasannya dalam ruang okarina ini. Okarina mempunyai lapan lubang hingga 10 lubang bagi membolehkan pemain bermain skala yang mudah. Tonnya lembut dan merdu. Donati, seorang Itali, mencipta okarina pada tahun 1860-an, tetapi alat berbentuk seperti okarina telah ditemui pada zaman China purba. | UMUM | |
MERGENTHALER, OTTMAR | Mergenthaler, Ottmar (1854–1899), mereka cipta mesin pengatur huruf linotaip. Dia membuat peranti yang mempunyai papan kekunci yang menyusun matrik (acuan) untuk huruf dan mengatur seluruh baris huruf secara serentak. | UMUM | |
STEREOTAIP | Stereotaip ialah kaedah membuat plat logam untuk kegunaan percetakan. Dalam proses ini, pekerja menentukan taip dan menguncinya dalam bingkai keluli. Pekerja yang lain menyapu permukaan taip itu dengan lapisan nipis minyak. Sekeping kertas tebal komposit yang dikenal sebagai flong, dibentangkan di atas taip dan ditekan rapat padanya. Kertas ini menekap permukaan taip atau kat (gambar) pada bingkai. Dengan itu acuan kertas terbentuk lalu dimasukkan ke dalam ketuhar dan dibakar hingga keras dan kering. Acuan ini yang dikenal sebagai matriks atau mat, diletakkan dalam kotak dalam kedudukan telentang. Pekerja menuang cairan logam stereotaip yang diperbuat daripada timah, antimoni, dan plumbum ke atas acuan tersebut. Logam itu akan menjadi keras serta-merta lalu menghasilkan plat pejal. Halaman akhbar dicetak daripada plat ini. | UMUM | |
PLASTER PARIS | Plaster Paris ialah serbuk berwarna putih yang menjadi keras dalam masa beberapa minit apabila dicampurkan dengan air untuk membuat perekat. Plaster ini digunakan untuk membuat bentuk arca yang kecil, membuat acuan pembedahan, dan kegunaan lain. | UMUM | |
RESIN SINTETIK | Resin sintetik ialah salah satu daripada sebatian kimia yang termasuk dalam kumpulan sebatian kimia yang besar yang termasuk juga plastik biasa yang kita guna. Resin ini boleh diolah untuk menjadi gentian atau filem, dibentuk dalam acuan untuk dijadikan berbagai-bagai bentuk, umpamanya dari sekeping sikat kecil yang boleh dimasukkan ke dalam saku sehingga ke bamper kereta. Pengilang menggunakan sebatian ini dalam pembuatan cat dan perekat dan juga sebagai salutan pada kain, kertas dan logam. | UMUM | |
SLIGO | Sligo (pend. 17 285) ialah bandar bagi kaunti Sligo di barat Ireland. Ia merupakan bandar kedua terbesar di wilayah Connacht. Bandar ini terletak di sebuah dataran berhampiran Sungai Garavouge, iaitu di antara Lough Gill dengan laut. Sligo mempunyai sebuah lapangan terbang dan sebuah pelabuhan yang baik. Terdapat beberapa industri di Sligo, termasuk perikanan, firma membuat acuan dan alat, serta pemprosesan daging. Keluaran tempatan yang lain termasuk jam, pembekalan hospital, penimbang, pita video, dan pakaian wanita. | UMUM | |
WAWASAN 2020 | WAWASAN 2020, wawasan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara industri maju menurut acuan sendiri menjelang tahun 2020. Wawasan 2020 dicetuskan oleh Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia, dalam ucapannya yang bertajuk “Malaysia Melangkah Ke Hadapan” yang dibentangkan dalam sidang pertama Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991 di Kuala Lumpur. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kegiatan |
NILON | Nilon ialah istilah umum bagi kumpulan barang keluaran sintetik (tiruan). Barang keluaran ini diperbuat daripada bahan kimia yang diperoleh daripada batu arang, air, udara, petroleum, keluaran sampingan pertanian, dan gas asli. Nilon adalah salah satu penemuan kimia yang paling penting. Ia merupakan bahan elastik yang teguh yang boleh dibentuk menjadi gentian, bulu, kepingan, rod, dan tiub. Ia juga boleh dibuat dalam bentuk serbuk bagi kegunaan dalam operasi yang menggunakan acuan. | UMUM | |