Perayaan Umat Islam ialah hari kemuliaan, iaitu himpunan amalan yang berkaitan dengan ibadat dan adat. Dari segi amalan ibadat ialah solat, zikir (mengingati Allah), tahlil (berzikir dengan kalimah tauhid “Lailahaillallah”), tasbih (memuji Allah S.W.T. dengan Subhanallah) dan takbir (mengagungkan Tuhan dengan Allahu Akbar). Manakala adat kebiasaan pula seperti makan, minum, pakaian, perhiasan, kelapangan, kegembiraan dan amalan yang diharuskan dalam Islam. |