ADI GRANTH | Adi Granth, yang bermakna <I>Kitab AsalI>, ialah kitab suci kaum Sikh. Kaum Sikh ialah pengikut ajaran <I>Sikhisme, I>salah satu agama di India. <I>Adi Granth I>ialah suatu koleksi lebih daripada 6000 gita puja. | UMUM | |
ADI MAS | ADI MAS (1931-1973), editor dan penulis. Dia lahir pada 27 Ogos 1931 di Kampung Jawa, Teluk Intan, Perak. Nama sebenarnya ialah Abdul Rashid bin Muhammad. Dia juga menggunakan nama pena Rashid, Sasterawan dan Seniman. | SASTERA | Konsep |
ADI KELANA | ADI KELANA (1934 - ), penyair Negara Brunei Darussalam. Dia lahir pada 25 September 1934 di Kampung Panchur, Tutong, Brunei Darussalam. Nama sebenarnya ialah Haji Ibrahim bin Haji Muhammad Said. Dia seorang guru lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim (1951-1953). Pada tahun 1964, dia mengikuti kursus setahun dalam bidang pendidikan di University of London. | SASTERA | Konsep |
ADI RUMI | ADI RUMI (1941- ), penulis Negara Brunei Darussalam. Dia lahir di Kampung Setia Pahlawan Lama, Brunei Darussalam. Nama sebenarnya ialah Haji Awang Abdul Aziz bin Juned. | SASTERA | Konsep |
ADI BADIOZAMAN TUAH | ADI BADIOZAMAN TUAH (1951- ), penyair. Dia lahir pada 15 Ogos 1951 di Tatau, Bahagian Bintulu, Sarawak. Dia memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dan Diploma Pendidikan daripada Universiti Sains Malaysia pada tahun 1973 dan ijazah Sarjana Pendidikan pada tahun 1979, daripada universiti yang sama. | SASTERA | Konsep |
ADI MARHAEN | ADI MARHAEN (1938- ), penyair dan penulis Negara Brunei Darussalam. Dia lahir pada 25 Mac 1938 di Kampung Kiarong, Brunei Darussalam. Nama sebenarnya ialah Haji Leman bin Ahmad. | SASTERA | Konsep |
GAS ADI | | UMUM | |
SIKHISME | Sikhisme ialah salah satu agama di India. Penganutnya menggelarkan diri mereka <i>Sikhi>, yang bermaksud <i>pengikuti>. Orang Sikh mengikuti ajaran 10 guru (guru kerohanian). Kitab suci orang Sikh, <i>Guru Granth Sahib i>(Kitab Yang Dihormati) atau <i>Adii> <i>Granth i>(Buku Pertama), mengandungi ajaran beberapa orang guru Sikh yang lain. Kira-kira 14 juta orang Sikh tinggal di India, iaitu sebahagian besar daripada mereka tinggal di bahagian utara Punjab. | UMUM | |
POETRI HINDIA | POETRI HINDIA, majalah bulanan wanita berbahasa Melayu yang pertama diterbitkan di Jawa, Indonesia. <I style="mso-bidi-font-style: normal">Poetri HindiaI> diterbitkan oleh Raden Mas Tirto Adi Suryo, seorang kerabat diraja Jawa daripada keluarga bupati Bojonegoro. Modal untuk menerbitkan majalah ini disumbangkan oleh Haji Mohd. Arsad, seorang saudagar di Bandung. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |
USMAN AWANG, Dato' | USMAN AWANG, Dato’ (1929 - ), penyair, penulis dan Sasterawan Negara yang ketiga. Dia lahir pada 12 Julai 1929 di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor. Nama penuhnya ialah Usman bin Awang. Dia juga terkenal dengan nama penanya Tongkat Warrant. Selain itu dia pernah menggunakan nama pena seperti Adi Jaya, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Mua, Rose Murni, Setiabudi, U.A. dan Zaini. Sebagai penyair, dia terkenal bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di luar Negara melalui karya-karya puisinya yang diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Inggeris, Rusia, Cina, Tamil, Itali, Perancis, Thai, Jepun, Korea, Danish dan Czechoslovak. | SASTERA | Tokoh |