PERRY | Perry ialah nama keluarga dua adik-beradik yang menjadi pegawai tentera laut Amerika Syarikat yang masyhur. Oliver Hazard Perry (1785–1819), menjadi terkenal kerana keperwiraannya semasa Perang 1812 antara Amerika Syarikat dengan Great Britain. Semasa perang meletus, dia seorang leftenan tentera laut tanpa pemerintahan laut. Perry menawarkan khidmatnya di Tasik-tasik Besar dan dia menjadi pemerintah angkatan laut Tasik Erie. | UMUM | |
DURYEA | Duryea ialah nama keluarga dua adik-beradik orang Amerika yang merintis penerokaan pembuatan kereta motor. | UMUM | |
RINGLING BERSAUDARA | Ringling bersaudara ialah sekumpulan lima adik-beradik yang menubuhkan sarkas paling terkenal dalam sejarah hiburan Amerika Syarikat. Mereka ialah Albert (1852–1916), Otto (1858–1911), Alfred (1861–1919), Charles (1864–1926), dan John (1866–1936). Dedikasi serta kemahiran pengurusan organisasi membantu mereka membentuk satu kumpulan kecil pembuat persembahan yang menjadi salah sebuah sarkas terunggul di dunia. | UMUM | |
KONRADS | Konrads ialah nama keluarga bagi dua adik-beradik yang menjadi johan renang Australia. Mereka lahir di Latvia dan berhijrah ke Australia pada tahun 1949. Mereka kemudiannya menjadi rakyat Australia. Kedua-duanya, Jon dan Ilsa, dikenali sebagai Konrads Kids. | UMUM | |
ROMULUS DAN REMUS | Romulus dan Remus, dalam mitologi Rom, ialah dua adik-beradik kembar yang mengasaskan bandar Rom. Orang Rom menganggap Romulus sebagai raja mereka yang pertama. | UMUM | |
ANDREW, SAINT | Andrew, Saint ialah hawari pertama daripada 12 orang penganjur Jesus Christ. Dia ialah adik-beradik lelaki hawari Peter. Andrew ialah seorang nelayan dari Bethsaida, sebuah kampung di pantai utara Laut Galilee. | UMUM | Umum |
ARCHER | Archer ialah keluarga penjelajah dan penternak yang menguasai sejarah perintisan di selatan dan tengah Queensland, Australia. Kira-kira pada tahun 1841, sembilan orang adik-beradik Archer menubuhkan syarikat Archer Brothers di daerah Teluk Moreton. Mereka ialah David, William, Charles, John, Thomas, Colin, James, Archibald dan Alexander. Kesemuanya adalah ahli keluarga berbangsa Scotland. Mereka bersama-sama mengendalikan lima ladang ternak biri-biri dan lembu. | UMUM | |
BRONTË BERSAUDARA | Brontë bersaudara ialah tiga adik-beradik yang menjadi novelis terkenal – Charlotte (1816–1855), Emily (1818–1848), dan Anne (1820–1849). | UMUM | |
ARJUNA | Arjuna ialah wira dalam puisi epik India, Mahabharata , yang menceritakan peperangan antara adik-beradik Pandava dan sepupu Kaulava. Arjuna ialah anak ketiga daripada lima adik- beradik Pandava. Kisah hidupnya merupakan satu siri peperangan dan kejayaan. Arjuna dipaparkan sebagai seorang wira yang unggul. Dia berani, kacak, mulia, pemurah, dan seorang kekasih yang romantis. Lihat Mahabharata. | UMUM | |
ALCOTT, LOUISA MAY | Alcott, Louisa May (1832–1888) merupakan penulis Amerika yang terkenal dengan novel kanak-kanaknya. Bukunya yang terkenal, Little Women (1868–1869) menceritakan empat orang adik beradik perempuan yang membesar di sebuah bandar kecil di New England pada pertengahan tahun 1800-an. Di samping menulis, Alcott berusaha mendapatkan hak mengundi untuk wanita dan aktif dalam pergerakan antiminum arak. | UMUM | |