Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.duan] | ادوان

Definisi : 1. pertandingan, perlumbaan: ~ kuda; 2. yg diadu, sabungan: ayam ~; 3. hal atau perkara yg diadukan (diberitahukan): segala ~ itu sedang disiasat oleh polis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.duan] | ادوان

Definisi : hal atau perkara yg diadukan: Ia hendak menyiasat sama ada ~ itu benar atau tidak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aduan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PRAETOR

Praetor ialah pegawai undang-undang pada

zaman Rom. Warganegara akan membawa aduan

kepada praetor. Praetor yang memutuskan aduan

manakah yang mempunyai alasan yang kuat, dan

menyerahkannya kepada hakim untuk diadili.

UMUM 
TRIBUNAL TUNTUTAN PEMBELI RUMAHTribunal yang menerima aduan dan tuntutan pembeli rumah di Malaysia.UNDANG-UNDANGInstitusi/Organisasi
SAMAN

Saman ialah perintah yang dihantar oleh seorang

pegawai mahkamah. Saman memberitahu orang

yang namanya tercatat dalam dokumen tersebut

bahawa satu aduan telah dibuat, dan orang

berkenaan mesti datang ke mahkamah untuk

memberi keterangan. Surat saman mungkin

digunakan untuk kesalahan jalan raya atau

kesalahan kecil yang lain tanpa perlu dibuat

tangkapan. Sekiranya orang yang disaman tidak

hadir di mahkamah, maka mahkamah boleh

memerintahkan orang tersebut ditangkap.

UMUM 
PERANG SIFFIN

Perang Siffin. Perang Siffin berlaku antara dua

puak orang Islam akibat pembunuhan Khalifah

‘Uthman ibn ‘Affan. Perang ini berlaku selepas

perang Jamal pada tahun 37 H./657 M. Antara sebab

berlakunya perang ini ialah Sayidina ‘Ali ibn Abu

Talib melucutkan jawatan beberapa gabenor Mesir

yang dilantik oleh Khalifah ‘Uthman ibn ‘Affan

berdasarkan aduan penduduk Mesir. Antara mereka

yang dipecat ialah Mu‘awiyah ibn ‘Abi Sufyan yang

merupakan orang yang bersungguh-sungguh

menuntut bela atas pembunuhan Khalifah ‘Uthman.

Setelah Mu‘awiyah tetap dengan penentangannya

terhadap ‘Ali, dia berazam untuk memeranginya.

Tentera kedua-dua belah pihak bertemu di Siffin,

lalu berlakulah peperangan selama beberapa hari.

UMUM 
SURUHANJAYA DIRAJA

Suruhanjaya Diraja (Royal Commission) ialah

badan yang dilantik oleh raja British bagi

menjalankan sesuatu siasatan. Matlamatnya

ditentukan oleh bidang kuasa yang diberikannya

bagi sesuatu penyiasatan. Ia dianggotai oleh

beberapa orang yang tidak dibayar gaji.

Penyiasatan yang dilakukannya boleh merangkumi

penguatkuasaan undang-undang, aduan, suasana

yang wujud dalam industri atau hal-hal yang

berkaitan pendidikan, dan sosial. Hasil siasatan

dilaporkan kepada setiausaha dalam negeri.

Suruhanjaya Diraja tidak boleh memaksa sesuatu

dokumen atau sebarang bukti diberikan kepadanya

kecuali ia mempunyai kuasa khusus yang diberikan

oleh Akta Parlimen bagi tujuan tersebut. Di

Australia dan New Zealand, pihak kerajaan akan

meminta gabenor jeneral atau gabenor negeri

untuk melantik seseorang bagi membentuk

Suruhanjaya Diraja dan membuat laporan.

UMUM 
PANGERAN DIGADONG

PANGERAN DIGADONG, salah satu jawatan wazir dalam hierarki pemerintahan Kesultanan Brunei.  Gelaran penuh wazir ini ialah Duli Pangeran Digadong Sahibul Mal. Jawatan ini wujud sejak pemerintahan Sultan Hassan (m.m. 1605-1619).  Fungsi dan tanggungjawab Pangeran Digadong ialah mengurus dan mentadbir khazanah negara, mengawasi kedudukan dan perjalanan hasil negeri serta kesejahteraan sosial rakyat. Dalam melaksanakan tugas ini, Pangeran Digadong berkewajipan mendengar dan menerima segala aduan rakyat dan membuat laporan untuk dipersembahkan kepada sultan dan memberi nasihat bagaimana sesuatu masalah itu boleh diatasi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran

Kembali ke atas