Numeiri Ja’afar (1348 H.– / 1930 M.– ),
Jaafar Muhammad Numeiri ialah presiden
Republik Sudan dari bulan Mei 1969 hingga
April 1985. Dia lahir di Ummu Darman, belajar di
sekolah rendah dan menengah di sana.
Kemudian dia melanjutkan pelajaran di sekolah
Hantub Menengah yang sistemnya berdasarkan
kolej Ghurdun al-Tizkaryyah dan ramai gurunya
dari England.
LEMBAGA MALAYA, akhbar Melayu. Akhbar ini diterbitkan pada tahun 1934 oleh Onn bin Ja’afar dan Syed Omar Albar. Lembaga Malaya ialah akhbar mingguan dan diterbitkan pada setiap hari Isnin, di North Bridge Road, Singapura. Akhbar ini mempunyai 36 halaman dengan menggunakan tulisan Jawi. Pengarang utamanya ialah Onn bin Ja’afar dan dibantu oleh Syed Ja’afar Albar, sebagai penolong pengarang bahagian agama Islam. Akhbar ini menjadi salah satu bahan bacaan yang penting bagi masyarakat Melayu di selatan Tanah Melayu pada waktu itu.
IMP, parti politik. IMP ialah singkatan Independence of Malaya Party atau Parti Kemerdekaan Malaya. Parti ini ditubuhkan pada 16 September 1951 oleh Dato’ Onn bin Ja’afar di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.
Thanks for clicking. That felt good.