KUPU-KUPU CAWAN | Kupu-kupu cawan ialah kupu-kupu bersaiz kecil hingga sederhana, agak tegap, berbulu berwarna gelap. Australia mempunyai lebih kurang 80 spesies kupu-kupu cawan yang kebanyakannya hidup di kawasan tropika. Beluncas kupu-kupu cawan adalah seperti lintah bulan dengan kepalanya boleh ditarik ke dalam badannya. Ia kelihatan seolah-olah menggelincir di atas daun tempat ia makan kerana kakinya pendek. | UMUM | |
YELLOWHAMMER | Yellowhammer ialah nama bagi burung bunting yang hidup di Eropah. Ia adalah burung istimewa, lebih kurang 16 sentimeter panjangnya, dengan ekornya yang agak panjang. Burung jantan mempunyai kepala dan dada berwarna kuning terang dengan tanda-tanda berwarna gelap. | UMUM | |