TIMOTHY | Timothy ialah salah seorang daripada sahabat Saint Paul . Dia berkemungkinan lahir di Lystra, di Asia Kecil. Bapanya berbangsa Yunani dan ibunya Yahudi (Acts 16:1, II Timothy 1:5). Dia dipercayai memeluk agama Kristian apabila Paul bermusafir untuk mengembangkan agama buat pertama kali dan telah bercakap dengannya. Walau bagaimanapun, Paul tidak pernah berbincang tentang pertemuan pertama mereka dan Timothy hanya dikenali sebagai pengikut apabila dia bertemu Paul di Lystra (Acts 16:1–3). Timothy mengikut Paul dalam perjalanannya yang kedua dan dia dikenali sebagai sahabat dan teman seperjalanan Paul yang dipercayai sehingga kematiannya. Timothy kemudian mengambil alih tempat Paul sebagai biskop Gereja Ephesus. Dia dipercayai mati kerana agama lebih kurang pada tahun 100 M. | UMUM | |
PENULIS AGAMA | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENULIS AGAMA, golongan penulis yang mendapat pendidikan agama di Timur Tengah. Ketika di Timur Tengah, mereka melihat pergerakan pemodenan Islam seperti yang dibawa oleh Muhammad Abduh di Mesir. Apabila mereka pulang ke tanah air, mereka berusaha untuk memajukan orang Melayu dan ingin membentuk pandangan baru terhadap Islam. | SASTERA | Karya |
YOGA | Yoga ialah istilah yang mempunyai dua erti, iaitu (1) satu mazhab dalam agama Hindu, dan (2) satu sistem latihan mental dan fizikal yang dikembangkan oleh mazhab tersebut. Pengikut mazhab yoga dikenali sebagai yogi atau yogin | UMUM | |
AIDILFITRI | AIDILFITRI, perayaan agama yang disambut pada 1 Syawal oleh masyarakat Islam di seluruh dunia. | BUDAYA | Konsep |
PENGAJIAN MELAYU DI THAILAND | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENGAJIAN Melayu DI THAILAND, pusat pengajian bahasa Melayu. Pengajian Melayu di Thailand merupakan pengajian sampingan bermula bersama-sama penyebaran agama Islam khususnya di bahagian selatan Thailand. Secara formalnya, pengajian Melayu di kawasan tersebut bermula di institusi pengajian agama yang dikenal sebagai sekolah pondok. Di samping mempelajari agama Islam, pelajar diwajibkan mempelajari bahasa Melayu supaya mereka dapat memahami kitab agama yang ditulis dalam tulisan Jawi. Struktur bahasa Melayu dipengaruhi struktur bahasa Arab. Setelah sistem ejaan Rumi diperkenalkan di Malaysia dan Indonesia, maka sistem tulisan Rumi mula diperkenalkan di institusi-institusi tersebut supaya pelajar dapat membaca buku-buku agama yang diterbitkan dari negara jiran iaitu Malaysia dan Indonesia. Walau bagaimanapun, tulisan Jawi lebih digemari daripada tulisan Rumi. Kegemaran ini menyebabkan kerajaan Thailand mengistilahkan ‘bahasa Melayu’ sebagai ‘Bahasa Jawi’ dalam perlembagaannya. | BAHASA | Institusi/Organisasi |
SENI BINA PENGHIDUPAN AWAL | 1>Aliran dan fahaman dalam seni bina masyarakat awal. | KEJURUTERAAN | Agama/Fahaman/Aliran/Ideologi |
PENTADBIRAN ISLAM DI SINGAPURA | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENTADBIRAN Islam DI SINGAPURA, sistem pentadbiran mengenai hal ehwal agama Islam di Singapura. Sebelum kemerdekaan Singapura pada tahun 1965, sistem pentadbiran agama Islam tidak dilaksanakan secara menyeluruh. Tahap keberkesanannya juga gak terhad. Pada masa itu, terdapat dua badan utama yang menguruskan pentadbiran tentang hal ehwal agama Islam iaitu Muslim and Hindu Endowments Board (1906) dan Muslim Advisory Board (1915). Walau bagaimanapun, kedua-dua badan ini hanya mampu menggariskan sistem pentadbiran agama secara umum. | BUDAYA | Institusi/Organisasi |
PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENTADBIRAN Islam DI Malaysia, pengurusan hal ehwal yang berhubung dengan agama Islam yang meliputi bidang akidah, ibadah, pendidikan agama, undang-undang keluarga, kepimpinan agama, dakwah dan akhlak umat Islam di negara ini. | BUDAYA | Institusi/Organisasi |
PENGASUH | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENGASUH, akhbar bertulisan Jawi. Ia diterbitkan oleh Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan di Kota Baharu pada 11 Julai 1918. Akhbar ini pada mulanya diterbitkan dua minggu sekali dan kemudiannya diterbitkan pada setiap hari Khamis dengan mempunyai lapan halaman. Pengarangnya ialah Dato’ Haji Muhammad bin Haji Mohd. Said. | SASTERA | Penerbitan |
PEMINJAMAN BAHASA SANSKRIT | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PEMINJAMAN BAHASA SANSKRIT, proses peminjaman dalam bahasa Melayu. Kosa kata bahasa Sanskrit masuk ke dalam bahasa Melayu sejak zaman prasejarah. Braddell menyatakan bahawa kosa kata itu meliputi agama, falsafah, perdagangan, barangan muzik, undang-undang, raja-raja dan istana, flora dan fauna, dan sebagainya. | BAHASA | Konsep |