Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : agama yg dominan di India, yg bercirikan penyembahan banyak dewa, sistem kasta, kepercayaan pd penjel­maan semula, dsb; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : agama yg berasal dr India. 2 penganut agama Hindu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata agama hindu


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AGAMA HINDU

Agama Hindu, antara agama tertua di dunia dan tidak mempunyai pengasas. Tarikh kemunculan agama ini juga tidak dapat dipastikan.

AGAMAAgama/Fahaman/Aliran/Ideologi
BHAGAVAD-GITA

Bhagavad-Gita ialah salah sebuah kitab suci

agama Hindu yang utama. Nama Bhagavad-Gita

bermakna Nyanyian Dewa. Kitab ini ditulis dalam

bahasa India kuno, iaitu bahasa Sanskrit. Bhagavad-

Gita biasanya dikenali sebagai Gita (nyanyian). Ia

telah diterjemah ke dalam bahasa-bahasa India

yang utama dan juga beberapa bahasa Barat.

Sarjana India, seperti Shankaracharya (juga dikenali

sebagai Shankara) yang hidup pada tahun 700-an

M., telah menulis ulasan tentangnya. Gita ialah

sebahagian daripada Buku Keenam Mahabharata,

puisi epik India yang agung (lihat Mahabharata).

Karya ini mengandungi 700 puisi yang terbahagi

kepada 18 bab, dan kemungkinan juga telah

ditambah kepada karya utama Mahabharata, pada

tahun 100-an M. dan tahun 200-an M.

UMUM 
YOGA

Yoga ialah istilah yang mempunyai dua erti, iaitu

(1) satu mazhab dalam agama Hindu, dan (2) satu

sistem latihan mental dan fizikal yang

dikembangkan oleh mazhab tersebut. Pengikut

mazhab yoga dikenali sebagai yogi atau yogin

UMUM 
DHARMA

Dharma ialah hukum moral dan keagamaan

dalam agama Hindu dan Buddha. Setiap agama ini

mempunyai dharmanya sendiri.

UMUM 
SUNGAI GANGES

Sungai Ganges ialah jalan air yang terbesar di

India dan salah satu sungai yang terpanjang di

dunia. Sungai ini sangat penting kepada rakyat India

kerana peranannya dalam agama Hindu. Orang

Hindu menganggap sungai itu sebagai sungai yang

paling suci di India. Setiap tahun, beribu-ribu

penganut Hindu berkunjung ke bandar suci seperti

Varanasi dan Allahabad di sepanjang tebing Sungai

Ganges untuk mandi-manda dan membawa pulang

airnya. Kuil dan ghat (anak tangga) yang menuju ke

sungai didirikan di tebing sungai itu. Sesetengah

penziarah datang untuk mandi-manda di sungai itu

semata-mata untuk menyucikan diri daripada dosa.

Mereka yang sakit dan cacat datang dengan

harapan sentuhan air itu dapat menyembuhkan

penyakit. Terdapat juga yang datang kerana mahu

mati di sungai itu. Mengikut kepercayaan Hindu,

sesiapa yang mati di Ganges akan dimasukkan ke

syurga. Nama sungai ini dalam bahasa Hindu,

bahasa utama orang India, ialah Ganga.

UMUM 
DEEPAVALI

Deepavali, salah satu perayaan bagi penganut agama Hindu. Deepavali juga dikenali sebagai pesta cahaya. Ia disambut pada setiap bulan ketujuh mengikut kalendar agama Hindu (iaitu sama ada pada penghujung bulan Oktober atau awal bulan November).

AGAMAPerayaan/Upacara
BRAHMAN

Brahman ialah nama tuhan yang paling mutlak

dan abstrak dalam agama Hindu.

UMUM 
DEMAKDEMAK,  pusat kekuasaan politik yang terpenting bagi beberapa kerajaan pesisir utara Pulau jawa antara abad ke-15 hingga abad ke- 16. Zaman tersebut bertepatan dengan zaman peralihan daripada agama Hindu-Buddha kepada agama Islam dan juga kebangkitan kerajaan maritim.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
NARASIMHAVARMAN I

Narasimhavarman I (630?–668?), juga dikenal

sebagai Mamalla, merupakan raja dinasti Pallava di

India selatan. Dia diingati terutamanya kerana

membangunkan bandar Mahabalipuram, yang juga

dikenal sebelumnya dengan nama Mamallapuram

sempena menghormatinya. Bandar ini terletak di

Teluk Benggala, yang kini dalam negeri Tamil Nadu,

India. Ia telah pun berkembang maju sebagai

pelabuhan perdagangan apabila Narasimhavarman

menguasainya, dan dia seterusnya membesarkan dan

menjadikan bandar ini sebagai pangkalan tentera laut

dan pusat agama Hindu. Kuil-kuil dan tugu-tugunya

yang masih ada menarik minat pelancong dan para

sarjana. Wajah Narasimhavarman diukir pada salah

satu ukiran batu, yang tertulis dengan kata-kata

“Penambah Tiga Dunia” (“Augmenter of the Three

World”).

UMUM 
PADI

Padi adalah satu daripada tanaman makanan yang

paling penting di dunia. Lebih daripada separuh

penduduk di dunia memakan bijian ini sebagai

bahagian utama dalam makanan mereka. Hampir

semua penduduk yang bergantung pada padi

sebagai makanan tinggal di Asia. Dalam

sesetengah bahasa Asia, perkataan yang sama

bermakna makan dan makan nasi. Dalam bahasa

Sanskrit, iaitu bahasa purba dan bahasa suci

penganut agama Hindu di India, padi diberi nama

kedua yang bermakna “pengekal bangsa manusia”.

Kebanyakan beras dimakan dengan memasak

bijian berwarna putih.

UMUM 
123

Kembali ke atas