DATO' SERI AGAR DIRAJA | DATO’ SERI AGAR DIRAJA, salah satu gelaran Orang Besar dalam kerajaan Melayu. Gelaran ini pernah disandang oleh Tun Mahmud yang menjadi pemerintah Selangor pada masa Kesultanan Melaka. Dalam huraian tentang Dato’ Seri Agar Diraja ini, rujukan khusus kepada negeri Perak. Dalam Kesultanan Perak, Dato’ Seri Agar Diraja ialah gelaran bagi Orang Besar Delapan. Penyandang gelaran ini lebih dikenal dengan panggilan Dato’ Sagor. Isterinya digelar Tuk Puan, manakala pembantunya dikenal dengan gelaran Paduka Raja. Pada tahun 1860-an, gelaran Dato’ Seri Agar Diraja disandang oleh Ngah Kamdin. Dia diberi kuasa oleh Sultan Perak menguruskan pentadbiran di kawasan tebing Sungai Perak, iaitu di antara Kampung Gajah dengan Pulau Tiga. 1"> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |
VICTORIA INSTITUTION | VICTORIA INSTITUTION, sekolah menengah yang tertua di Kuala Lumpur. Victoria Institution atau Sekolah Menengah Victoria ditubuhkan hasil daripada kesedaran beberapa orang kenamaan seperti Yap Kwan Seng, Loke Yew dan Thamboosamy Pillay tentang perlunya pendidikan untuk anak-anak watan di negeri Selangor. Mereka telah mendesak W.H. Treacher, Residen British Selangor, agar lebihan wang kutipan sempena sambutan Jubli Emas Ratu Victoria pada tahun 1887 digunakan untuk tujuan tersebut. Cadangan mereka disambut baik oleh Sir Frank Swettenham, Residen Jeneral, tetapi wang kutipan berjumlah $3,188 itu tidak mencukupi. Derma kedua dilancarkan lalu berjaya mengumpul sebanyak $10,753 dan kerajaan Selangor pula memperuntukkan sebanyak $7,000. Sultan Abdul Samad turut menyumbang sebanyak $1,100. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |