Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata age


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ASQUITH, HERBERT HENRY

Asquith, Herbert Henry (1852–1928),

negarawan Inggeris yang berkhidmat sebagai

perdana menteri United Kingdom dari tahun 1908

hingga tahun 1916. Kerajaannya penting kerana Old

Age Pension Act (1908), National Insurance Act

(1911) dan Parliament Act (1911) yang mengehadkan

kuasa Dewan Pertuanan.

UMUM 
SHOSTAKOVICH, DIMITRI

Shostakovich, Dimitri (1906–1975) ialah

penggubah Rusia yang paling penting. Pendidikan

muzik dan kerjayanya hanya di Kesatuan Soviet (lihat

Kesatuan Republik Sosialis Soviet). Karya utamanya

ialah 15 simfoni dan 15 kuartet alat tali. Dia juga

menulis konserto, lagu, nota muzik filem, balet, dan

opera. Gubahannya yang paling popular termasuk

“Polka” yang rancak daripada balet The Golden Age

(1930).

UMUM 
AUDEN W.H.

Auden W.H. (1907–1973), penyair yang lahir di

England . Dia terkenal dengan kepelbagaian

karyanya. Dia telah menghasilkan lagu balada,

blues, seloka, puisi soneta, nonsense verse ,

oratorio (lagu daripada kitab Bible), free verse,

libretto (seni kata) untuk opera dan drama. Auden

memenangi Hadiah Pulitzer pada tahun 1948 untuk

sajaknya yang setebal buku, The Age of Anxiety .

UMUM 

Kembali ke atas