AGEN | Agen ialah orang yang mewakili seseorang lain dalam urusan undang-undang, perniagaan, atau lain-lain. Orang yang mengupah agen dikenali sebagai prinsipal . Jika agen bertindak di dalam kuasa yang diberikan oleh prinsipal, maka prinsipal wajib bertanggungjawab seolah-olah dia yang bertindak. | UMUM | |
AGEN OREN | Agen Oren (Agent Orange) ialah nama kod tentera bagi racun rumpai yang digunakan oleh Amerika Syarikat semasa Perang Vietnam. | UMUM | |
AGEN DEODORAN | Agen deodoran ialah sejenis bahan atau alat yang boleh menghindarkan atau mengurangkan bau yang tidak enak atau bau hapak. Bau yang sebegini dikenali sebagai malodour. | UMUM | |
BAHAN ANTIGUMPAL | Agen penghalang pengumpulan darah yang disintesis dalam jumlah yang kecil oleh tubuh, terutamanya oleh sel masta, sel paru-paru dan dinding vena. | KEJURUTERAAN | Sumber/Bahan Alam |
PEMPROSESAN GETAH | Kaedah pengubahan getah mentah menjadi produk yang boleh digunakan. Ini meliputi penambahan agen pemvulkanan dan bahan tambah kepada getah mentah sebelum diproses. | KEJURUTERAAN | Kaedah |
YOGURT | Yogurt ialah produk tenusu yang dihasilkan daripada fermentasi susu oleh bakteria. Ia merupakan kasein (sejenis protein dalam susu) separa pepejal yang terbentuk daripada tindakan bakteria asid laktik tertentu terhadap campuran pepejal susu tanpa lemak, lemak susu, gula dan agen penstabil. | PEMAKANAN | Sifat/Keadaan |
RADANG | Radang ialah keadaan luar biasa tisu sebahagian badan manusia yang menjadi bengkak, panas, berwarna kemerahan, dan terasa sakit. Gejala ini timbul akibat tindak balas badan kepada pengganggu fizikal atau kimia atau kepada agen jangkitan seperti bakteria. | UMUM | |
DERMATITIS | Dermatitis ialah radang kulit yang menyebabkan gatal atau melecur. Ia menyebabkan kemerahan, bengkak, lepuh, meleleh, kulit kasar atau kulit bersisik. Ia mungkin disebabkan oleh geseran, kepanasan, kesejukan, atau sinaran matahari. Walau bagaimanapun, agen kimia adalah paling biasa menyebabkan dermatitis. | UMUM | |
DEGRADASI | Degradasi, proses yang melibatkan perendahan permukaan bumi yang lazimnya dilakukan oleh agen seperti atmosfera dan glasier. Proses utama termasuklah luluh hawa mekanikal, lelasan sungai, dan glasier. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
OZON | Ozon ialah bentuk oksigen yang terdapat dalam atmosfera bumi dalam jumlah yang kecil. Ozon yang terdapat di atmosfera atas merupakan faktor utama yang membolehkan terdapatnya kehidupan di muka bumi. Tetapi ozon yang terdapat dalam atmosfera bawah menyumbang kepada pencemaran udara. Ozon digunakan secara komersial dalam proses penyulingan air dan sebagai agen peluntur. | UMUM | |