| AGENSI TENAGA ANTARABANGSA (INTERNATIONALENERGY AGENCY–IEA) | Agensi Tenaga Antarabangsa (International Energy Agency -IEA) ialah organisasi yang dianggotai 21 buah negara pengimport minyak yang utama. Ia bertindak sebagai agensi bebas dalam Organisasi untuk Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD–Organization for Economic Cooperation and Development). Anggota IEA saling berusaha untuk mengurangkan pergantungan pada minyak dengan menggalakkan penjimatan penggunaan minyak dan memajukan sumber tenaga alternatif. | UMUM | |
| AGENSI PERISIKAN PUSAT [CENTRAL INTELLIGENCE AGENCY–(CIA)] | Agensi Perisikan Pusat (Central Intelligence Agency-(CIA)) ialah agensi kerajaan Amerika Syarikat yang mengumpulkan maklumat tentang politik, ekonomi, dan ketenteraan lebih daripada 150 buah negara asing, serta menilainya bagi kegunaan agensi kerajaan yang lain. Maklumat seperti ini dikenali sebagai perisikan. Ia melibatkan keselamatan negara, dan kebanyakan maklumat itu dikelaskan (rahsia). CIA menggunakan ramai perisik asing untuk mendapatkan maklumat tentang negara mereka sendiri. | UMUM | |
| AGENSI TENAGA ATOM ANTARABANGSA (INTERNATIONAL ATOMIC ENERGY AGENCY–IAEA) | Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (International Atomic Energy Agency-IAEA) ialah organisasi yang menggalakkan penggunaan tenaga nuklear untuk tujuan keamanan di seluruh dunia. | UMUM | |
| AGENSI ANGKASA LEPAS EROPAH | Agensi Angkasa Lepas Eropah (European Space Agency - ESA), pertubuhan penyelidikan dan teknologi angkasa lepas yang dianggotai oleh beberapa negara Eropah. | FIZIK | Institusi/Organisasi |