AGENSI YAHUDI | Agensi Yahudi. Agensi Yahudi ialah pertubuhan Zionis yang berpusat di Baitulmaqdis. | UMUM | |
AGENSI PELANCONGAN | Agensi pelancongan ialah perniagaan yang membantu mengatur perjalanan dan percutian orang ramai dengan menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pemergian mereka. Agensi pelancongan membuat tempahan bilik hotel dan pengangkutan serta mengatur perjalanan untuk melihat tempat-tempat yang menarik. Agensi ini juga menawarkan panduan bagi pelanggannya untuk memperoleh pasport dan visa yang diperlukan untuk melancong ke luar negara. Agensi pelancongan juga memberikan maklumat tentang undang-undang dan peraturan sesebuah negara kepada pelanggannya. Agensi ini mengatur pelancongan untuk orang perseorangan atau secara berkumpulan. | UMUM | |
AGENSI ANGKASA LEPAS KEBANGSAAN AMERIKA | Organisasi yang bertanggungjawab dengan hal ehwal angkasa lepas dan bidang astronomi di Amerika Syarikat. | FIZIK | Institusi/Organisasi |
AGENSI PEMUNGUTAN | Agensi pemungutan ialah sebuah organisasi yang memungut bayaran yang terlewat. Banyak syarikat perniagaan dan orang perseorangan menggunakan agensi pemungutan daripada membuang masa mereka sendiri untuk memungut hutang yang sedemikian. Agensi tersebut menerima bayaran atau komisen yang biasanya berasaskan jumlah yang dipungutnya. | UMUM | |
AGENSI PERISIKAN PUSAT [CENTRAL INTELLIGENCE AGENCY–(CIA)] | Agensi Perisikan Pusat (Central Intelligence Agency-(CIA)) ialah agensi kerajaan Amerika Syarikat yang mengumpulkan maklumat tentang politik, ekonomi, dan ketenteraan lebih daripada 150 buah negara asing, serta menilainya bagi kegunaan agensi kerajaan yang lain. Maklumat seperti ini dikenali sebagai perisikan. Ia melibatkan keselamatan negara, dan kebanyakan maklumat itu dikelaskan (rahsia). CIA menggunakan ramai perisik asing untuk mendapatkan maklumat tentang negara mereka sendiri. | UMUM | |
AGENSI ANGKASA LEPAS EROPAH (ESA), | Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA), menggalakkan kerjasama dalam program angkasa lepas dalam kalangan negara Eropah Barat. Agensi ini ditubuhkan pada tahun 1975 melalui gabungan Organisasi Pembangunan Pelancar Eropah (European Launcher Development Organization) dan Organisasi Penyelidikan Angkasa Lepas Eropah (ESRO). Anggota ESA terdiri daripada Austria, Belgium, Denmark, Perancis, Jerman, Ireland, Itali, Belanda, Norway, Sepanyol, Sweden, Switzerland dan United Kingdom. Kanada dan Finland menjadi anggota bersekutu. | UMUM | |
AGENSI TENAGA ANTARABANGSA (INTERNATIONALENERGY AGENCY–IEA) | Agensi Tenaga Antarabangsa (International Energy Agency -IEA) ialah organisasi yang dianggotai 21 buah negara pengimport minyak yang utama. Ia bertindak sebagai agensi bebas dalam Organisasi untuk Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD–Organization for Economic Cooperation and Development). Anggota IEA saling berusaha untuk mengurangkan pergantungan pada minyak dengan menggalakkan penjimatan penggunaan minyak dan memajukan sumber tenaga alternatif. | UMUM | |
AGENSI TENAGA ATOM ANTARABANGSA (INTERNATIONAL ATOMIC ENERGY AGENCY–IAEA) | Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (International Atomic Energy Agency-IAEA) ialah organisasi yang menggalakkan penggunaan tenaga nuklear untuk tujuan keamanan di seluruh dunia. | UMUM | |
TASS | TASS ialah agensi berita yang penting di Kesatuan Soviet dari tahun 1925 hingga negara itu berpecah pada tahun 1991. TASS adalah salah satu daripada perkhidmatan berita yang terbesar di dunia. Agensi yang beribu pejabat di Moscow ini mengumpul dan menyebarkan berita di seluruh Rusia dan dunia. TASS ialah singkatan bahasa Rusia untuk Agensi Telegraf Kesatuan Soviet. Agensi ini mempunyai beribu-ribu orang wartawan, editor dan jurufoto di lebih daripada 100 buah negara. Ia menyediakan laporan dalam enam bahasa – Arab, Inggeris, Perancis, Jerman, Rusia dan Sepanyol. Negara-negara lain bergantung kepada TASS untuk berita dari Kesatuan Soviet, walaupun kerajaan mengawal ketat liputannya. | UMUM | |
PERKHIDMATAN LUAR NEGERI | Perkhidmatan Luar Negeri ialah organisasi utama yang menjalankan hal-ehwal antarabangsa sesebuah negara. Perkhidmatan luar negara ditadbir oleh sebuah jabatan kerajaan. Agensi- agensi lain mungkin terlibat dalam bidang kepakaran hal-ehwal luar negeri. Perkhidmatan luar negeri menyediakan latihan peribadi untuk kedutaan (pejabat) di negeri asing. Sesetengah anggota perkhidmatan luar negeri bekerja dalam jabatan kerajaan yang bertanggungjawab terhadap hal-ehwal luar negeri, yang lazimnya dikenali sebagai kementerian luar negeri atau pejabat luar negeri. | UMUM | |