WARTA AHAD, akhbar mingguan. Akhbar setebal 28 halaman ini mula diterbitkan pada 5 Mei 1935 di Singapura oleh Warta Malaya Press Ltd. Apabila mendapat sambutan baik, halamannya ditambah menjadi 36 halaman. Akhbar ini dijual dengan harga 15 sen senaskhah pada setiap petang hari Ahad.
Mothering Sunday ialah hari Ahad keempat
<i> Lent i> , di England. Pada hari tersebut, para ibu
menerima jambangan bunga dan hadiah daripada
anak-anak mereka. Anak yang tinggal jauh akan
balik untuk melawat ibu mereka pada hari
tersebut.
Palm Sunday ialah hari Ahad yang jatuh sebelum
Hari Paskah dan ia menandakan permulaan Minggu
Suci dalam takwim Kristian.
UTUSAN ZAMAN, akhbar bertulisan Jawi yang diterbitkan di Singapura sejak 5 November 1939. Akhbar yang diterbitkan setiap hari Ahad ini dicetak oleh Utusan Melayu Singapore Press Ltd. yang berpejabat di Cecil Street. Bermula dari bulan Mac 1958, <I style="mso-bidi-font-style: normal">Utusan ZamanI> diterbit dan dicetak di Kuala Lumpur oleh Utusan Melayu Press Ltd.
HADIAH NOVEL GAPENA-YAYASAN SABAH, peraduan menulis novel. Peraduan ini merupakan salah satu kegiatan GAPENA menerusi pertandingan menulis novel selepas sayembara menulis novel ESSO-GAPENA. Ia dilancarkan pada hari Ahad, 5 Mac 1978, di Hotel Merlin, Kuala Lumpur. Setiap para peserta diberi tempoh satu tahun bagi menyerahkan manuskrip yang telah disiapkan. Ini bermakna tarikh akhir bagi menyerahkan naskhah ialah pada 5 Mac 1979, genap satu tahun selepas pelancarannya. Keputusan diumumkan sekitar bulan Ogos 1979 sempena Mesyuarat Agung GAPENA ke-8.
BERITA MINGGU, akhbar mingguan berbahasa Melayu yang dicetak dan diterbitkan oleh The New Straits Times Press (M’sia) Bhd., Kuala Lumpur. Akhbar ini adalah sebahagian daripada akhbar <I> Berita Harian I> dan diterbitkan pada hari Ahad sahaja. Keluaran pertamanya ialah pada 10 Julai 1960, mengandungi lapan halaman dan dijual dengan harga 15 sen senaskhah. Akhbar ini menggunakan tulisan Rumi. Dalam keluarannya yang terawal, akhbar ini memuatkan berbagai-bagai berita termasuklah iklan, rencana umum, sastera, filem, sukan dan berita semasa.
HADZRAMI A.R. (1941 - ), penulis. Dia lahir pada bulan Disember 1941 di Pasir Mas, Kelantan. Nama penuhnya ialah Hadzrami bin HajI Abd. Rahman. Dalam penulisan, selain nama pena Hadzrami A.R., dia menggunakan nama Shamsul. Pendidikan awal Hadzrami A.R. ialah di Sekolah Arab Beris, Bachok dan kemudian di Sekolah Arab Ma‘ahad Muhammadi, Kota Bharu. Dari tahun 1958 hingga tahun 1963, dia menyambung pelajaran di Kolej Islam Malaya, Kelang. Pada tahun 1964, dia mengikuti kursus Mubaligh Islam di Darul Arqam, Kuala Lumpur.
Thanks for clicking. That felt good.