QASTALANIY, SHIHAB AL-DIN AL- | Qastalaniy, Shihab al-Din al- (851–923 H./ 1448 –1517 M.), ahli hadith, ahli sejarah, ahli fiqh dan pakar dalam bidang qira’at. Nama penuhnya ialah Ahmad ibn Muhammad ibn Abu Bakr ibn ‘Abd al-Malik ibn Ahmad ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Husayn ibn ‘Ali. Dia berasal dari Qastalan, Mesir. | UMUM | |
MINDA | Minda. Ahli psikologi, ahli psikiatri, dan ahli falsafah mempunyai berbagai-bagai pandangan tentang sifat semula jadi minda. Sehingga kini, mereka masih belum mencapai persetujuan tentangnya. | UMUM | |
AHLI SAINS KRISTIAN | Ahli Sains Kristian ialah ahli-ahli pergerakan agama yang menekankan penyembuhan rohaniah. Mary Baker Eddy, wanita Amerika, mengasaskan pergerakan Sains Kristian pada tahun 1800-an. Agama ini berpunca daripada agama Kristian Protestan. | UMUM | |
PASCAL, BLAISE | Pascal, Blaise (1623–1662) ialah ahli fizik, ahli matematik dan ahli falsafah Perancis. Dia menjadi terkenal kerana eksperimennya dengan bendalir dalam fizik dan kerana hasil kerjanya tentang teori kebarangkalian dalam ilmu matematik. | UMUM | |
ARYABHATTA | Aryabhatta (476–? M.) ialah ahli astronomi, ahli matematik, dan penyair India. Dia mungkin lahir dekat Patna, yang kini adalah negeri Bihar di India. Dia menyatakan bahawa bumi berbentuk sfera, dan mengatakan bahawa bumi berputar pada paksinya dan bergerak mengelilingi matahari. Dalam matematik, Aryabhatta tahu bagaimana mencari punca kuasa tiga dan mengira nilai p sebagai 3.1416. Dia juga memajukan teori tentang bagaimana gerhana terjadi (lihat Gerhana ). Satelit pertama India, yang dilancarkan pada tahun 1975, dinamakan sempena namanya. | UMUM | |
NUZHAH AL-ALIBBA' FI TABAQAT AL-UDABA' | Nuzhah al-Alibba’ fi Tabaqat al-Udaba’, kitab yang membahaskan ahli bahasa, ahli nahu dan ahli sastera. Kitab ini dikarang oleh Abu al- Barakat, Kamal al-Din Abd al-Rahman bin Muhammad al-Anbariy (meninggal dunia pada tahun 577 H./1181 M.). Dia ialah salah seorang daripada ‘ulama‘ nahu yang terkenal serta mengarang banyak kitab ilmiah. | UMUM | |
MARX, KARL | Marx, Karl (1818–1883), ahli falsafah, ahli sains sosial dan revolusioner profesional berbangsa Jerman. | UMUM | |
EKTOPLASMA | Ektoplasma ialah istilah yang mempunyai dua makna, satu yang digunakan oleh <I>ahli kerohanianI> dan satu lagi digunakan oleh ahli biologi. Ahli kerohanian percaya bahawa roh orang mati boleh berkomunikasi dengan orang hidup melalui seseorang yang dikenali sebagai <I>perantaraI>. Menurut ahli kerohanian, ektoplasma ialah bahan bak kabus yang terapung dari badan perantara apabila perantara itu berada dalam keadaan bersawai. | UMUM | |
KIMIA | Kimia ialah kajian saintifik tentang bahan. Ahli-ahli kimia menyelidik <I>sifat-sifat I>bahan yang membentuk di dalam alam semesta. Mereka mengkaji bagaimana bahan ini bertindak dalam keadaan yang berbeza. Mereka cuba menerangkan kelakuan sesuatu bahan dari segi struktur dan komposisinya. Ahli-ahli kimia juga berusaha memahami perubahan-perubahan kimia. Perubahan kimia melibatkan perubahan kandungan kimia dalam sesuatu bahan. Paduan besi dengan oksigen dari udara yang membentuk karat ialah satu perubahan kimia. Bahan juga mungkin mengalami perubahan fizikal tanpa mengubah kandungan kimianya. Air berubah secara fizikal dan tidak secara kimia semasa ia membeku. | UMUM | |
MAGNITUD RICHTER | Magnitud Richter ialah angka yang menunjukkan kekuatan gempa bumi. Ahli-ahli sains mengira magnitud Richter dengan menggunakan maklumat yang diperoleh daripada <I>seismograf, I> sejenis alat yang merakam pergerakan bumi. Ahli <I>seismograf I>Amerika (ahli sains yang mengkaji gempa bumi), Charles F. Richter, telah membangunkan sistem ini untuk mengukur kekuatan gempa bumi pada tahun 1935. Kadangkala sistem ini dikenali sebagai <I>skala Richter. I> | UMUM | |