Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
matematik (kata nama)
Bersinonim dengan aritmetik, ilmu hisab, kira-kira, algebra, kalkulus, geometri, trigonometri, perangkaan, statistik.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAYLOR, BROOK

Taylor, Brook (1685–1731), ahli matematik

Inggeris yang memperkembangkan rumus yang

menjadi asas kalkulus beza terhingga (lihat

Kalkulus ). Rumus ini, yang dikenal sebagai Teorem

Taylor , muncul dalam Methodus Incrementorum

Directa et Inversanya (1715–1717) yang ditulis

olehnya. Taylor lahir di Edmonton, kini sebahagian

daripada London. Dia belajar di St. John’s College,

Cambridge. Dia menjadi setiausaha Royal Society

dari tahun 1714 hingga tahun 1718.

UMUM 
EUCLID

Euclid (330? SM– 270? SM), ahli matematik

Yunani yang sering kali digelar bapa geometri.

UMUM 
SARINGAN ERATOSTHENES

Saringan Eratosthenes ialah satu kaedah yang

dicipta oleh ahli matematik Yunani, Eratosthenes

untuk mengenal pasti nombor perdana . Nombor

perdana ialah nombor selain nombor 1 yang hanya

boleh didarabkan secara genap dengan 1 dan

dengan nombor itu sendiri. Kini, komputer

elektronik boleh digunakan untuk mengenal pasti

nombor perdana, tetapi sistem itu masih sama

dengan kaedah yang digunakan oleh Eratosthenes.

UMUM 
PILIH ATUR DAN GABUNGAN

Pilih atur dan gabungan ialah nama yang

digunakan oleh ahli matematik untuk merujuk

kepada kumpulan objek atau simbol tertentu.

Pilih atur ialah susunan teratur satu set objek.

Contohnya, ABC, ACB dan BAC adalah tiga pilih

atur set simbol A, B dan C. Gabungan ialah

kumpulan yang mencakupi objek yang sama tidak

kira aturannya . Set ABC, ACB, dan BAC

kesemuanya adalah merupakan contoh-contoh

gabungan yang sama. Set-set seperti ABC, ABD,

dan ACD adalah contoh gabungan yang berbeza.

UMUM 
RITTENHOUSE, DAVID

Rittenhouse, David (1732–1796) ialah ahli

astronomi, ahli matematik, dan pembuat jam

terkemuka yang berasal dari Philadelphia,

UMUM 
DESCARTES, RENÉ

Descartes, René (1596–1650) ialah ahli

falsafah, ahli matematik dan ahli sains Perancis.

Dia lebih dikenali sebagai bapa falsafah moden.

Descartes telah mencipta analitik geometri dan

juga merupakan ahli falsafah yang pertama

menerangkan  falsafah alam sejagat dalam

istilah jirim dan pergerakan.

UMUM 
NAPIER, JOHN

Napier, John (1550–1617), Laird Merchiston, ialah

ahli matematik Scotland. Dia membina cara

pengiraan pantas yang digunakan dalam bidang

astronomi, trigonometri, pelayaran, pembuatan

peta dan pengukuran. Napier menemui cara

mendarab nombor dengan mudah, iaitu

mencampurkannya dengan nombor lain, serta

menyamakan nombor yang dinamakannya

logaritma (lihat Logaritma ). Logaritma digunakan

untuk menjelaskan secara matematik banyak

fenomena semula jadi. Napier juga mencipta “rod”

atau “tulang” yang boleh disusun untuk pengiraan

aritmetik. Dia lahir berhampiran Edinburgh,

Scotland.

UMUM 
ARCHIMEDES

Archimedes (287?–212 S.M.), ahli matematik dan

pereka Yunani, yang telah membuat beberapa

penemuan asas sains. Sesetengah ahli sejarah

menamakannya bapa sains eksperimental kerana dia

menguji ideanya melalui eksperimen. Pada

zamannya, Archimedes paling terkenal kerana

banyak ciptaannya. Tetapi dia menganggap

mencipta sebagai satu permainan. Dia menganggap

matematik sebagai kerjanya yang sebenar.

UMUM 
MÖBIUS, AUGUST FERDINAND

Möbius, August Ferdinand (1790–1868) ialah

ahli astronomi dan ahli matematik Jerman. Dalam

bidang matematik, Möbius adalah antara pelopor

topologi , suatu cabang geometri yang mengkaji

sifat rajah yang tidak berubah akibat bengkokan,

regangan, dan sebagainya. Dalam topologi, kiub

dan sfera dianggap sama kerana setiap satunya

dapat dibentuk daripada yang lain dengan

mengubah bentuknya. Sebagai contoh, donat,

rekod gramofon, dan jarum dapat saling diubah

bentuknya. Antara penemuan Möbius ialah Jalur

Möbius (lihat Jalur Möbius). Möbius lahir di

Schulpforta. Dia belajar di Leipzig University. Pada

tahun 1815, dia dilantik menjadi profesor

astronomi di Leipzig University. Dia kekal

berkhidmat di universiti ini sehingga ke akhir

hayatnya. Lihat Geometri; Matematik (Sejarah:

Pada tahun 1800-an).

UMUM 
BRIGGS, HENRY

Briggs, Henry (1561–1630) ialah ahli matematik

Inggeris yang mengira dan menerbitkan jadual

pertama logaritma. Jadualnya merupakan

penerusan karya John Napier, yang diperkenalkan

pada tahun 1624 (lihat Napier, John ).

UMUM 
12345

Kembali ke atas