PILLAY, NARIANA | Pillay, Nariana ( ? – ? ) ialah ahli perniagaan India yang pertama berjaya di Singapura. Dia lahir dalam keluarga Hindu di Pulau Pinang. Dia bertugas sebagai kerani dan tiba di Singapura pada bulan Jun 1819, bersama-sama Sir Stamford Raffles, pengasas Singapura moden. | UMUM | |
SEAH EU CHIN | Seah Eu Chin (1805–1883), ahli perniagaan China, pemilik ladang yang kaya di Singapura. Sebagai ketua masyarakat, dia dihormati oleh orang Cina dan orang British. | UMUM | |
TAN KAH KEE | Tan Kah Kee (1874–1961), ahli perniagaan Singapura, dan salah seorang usahawan, dermawan dan pemimpin politik yang terkemuka di Asia Tenggara. Dia menubuhkan beberapa buah sekolah di Singapura dan selatan China. | UMUM | |
AW BOON HAW | Aw Boon Haw (1893–1954), ahli perniagaan Cina, yang menjadi terkenal di Singapura sebagai Tiger Balm King , keluaran perubatan yang dipasarkan oleh keluarganya atas jenama “Tiger”. Taman Tiger Balm di Singapura dibina olehnya pada tahun 1937. | UMUM | |
ROBERT KUOK, TAN SRI | ahli perniagaan terkaya di Malaysia dengan nilai harta pada bulan Januari 2005 dianggarkan berjumlah RM16.96 bilion | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Tokoh |
SYARIKAT HINDIA BARAT BELANDA | Syarikat Hindia Barat Belanda ditubuhkan oleh ahli perniagaan Belanda dan dipiagamkan oleh kerajaan Belanda pada tahun 1621. Syarikat ini diberikan hak istimewa untuk berniaga dan menakluki kawasan di Amerika Utara, Hindia Barat dan Afrika untuk selama 24 tahun. Tanah jajahan New Netherland termasuk sebahagian negeri-negeri yang kini dikenali sebagai New York, New Jersey, Delaware, dan Connecticut. Tanah jajahan ini ditubuhkan oleh Syarikat Hindia Barat Belanda dan beribu pejabat di New Amsterdam (kini New York City). Lihat juga New Netherland. | UMUM | |
MORT, THOMAS SUTCLIFFE | Mort, Thomas Sutcliffe (1816–1878) ialah salah seorang ahli perniagaan perintis Australia. Dia memulakan sistem lelong awam bagi bulu kambing biri-biri di Australia, memulakan industri tenusu di tanah pusakanya, dan salah seorang penganjur landasan kereta api yang pertama di New South Wales. | UMUM | |
PULLMAN, GEORGE MORTIMER | Pullman, George Mortimer (1831–1897) ialah pereka cipta dan ahli perniagaan Amerika. Pullman dikenang khususnya berhubung dengan gerabak tidur dalam kereta api yang dipertingkatkan dan digunakan secara umum di Amerika Syarikat. | UMUM | |
ALJUNIED SYED OMAR BIN ALI | Aljunied Syed Omar bin Ali (1792–1852) ialah ahli perniagaan dan tuan tanah keturunan Arab yang amat dihormati yang menjadi pemimpin komuniti Islam di Singapura. Dia mewakafkan satu bidang tanah di Victoria Street, Singapura sebagai tanah perkuburan orang Islam. Dia mendirikan Masjid Benggali, di Bencoolen Street pada tahun 1845. | UMUM | |
SOROPTIMIST INTERNATIONAL | Soroptimist International ialah sebuah organisasi perkhidmatan untuk ahli perniagaan, eksekutif, dan profesional wanita yang terbesar di dunia. Kelab ini mempunyai kira-kira 75 000 orang ahli daripada lebih 75 buah negara. Hanya mereka yang dipelawa sahaja yang boleh menjadi ahli. Kelab ini mempunyai enam bidang aktiviti yang utama: pembangunan ekonomi dan sosial, pendidikan, alam sekitar, kesihatan, hak asasi manusia, dan kemajuan taraf kaum wanita, serta perasaan muhibah dan persefahaman antarabangsa. Organisasi ini mengandungi empat persekutuan – meliputi Amerika, Eropah, Great Britain, dan Ireland, serta kawasan Barat Daya Pasifik. Kelab pertama telah diberikan piagam pada tahun 1921 di Oakland, California, Amerika Syarikat. | UMUM | |