Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vi 1. expose to air for freshening, menganginkan, mengudarakan; 2. expose to air for drying, menganginkan: she hung the clothes out to ~, dia menyidai pakaian di luar utk menganginkannya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : be off the~, a. not be in the act of broadcasting, sudah tamat siarannya; b. not being broadcast on radio or television, tdk /disiarkan, ke udara/ lagi; be on the ~, a. be in the act of broadcasting, sedang disiarkan, di udara sekarang; (at some future time) ke udara, disiarkan: the programme will be on the ~ in five minutes, rancangan itu akan ke udara dlm masa lima minit lagi; b. being broadcast on radio or television, disiarkan; /put on, give os/ ~s, berlagak; take the ~, mengambil angin; /tread, walk/ on ~, /terlalu, sangat, sungguh/ /gembira, riang/; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : be in the ~, a. uncertain, di awang-awang(an): his plans are still in the ~, rancangannya masih di awang-awangan; b. spreading about, sedang tersebar; (of feeling) dapat dirasakan: disquieting rumours are in the ~, desas-desus yg merisaukan sedang tersebar; love is in the ~, suasana percintaan dapat dirasakan; c. (mil) unprotected, tdk berperlindungan: the left flank was left in the ~, rusuk kiri batalion itu tdk beperlindungan; in the open ~, di /tempat, kawasan/ terbuka; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~s and graces, lagak yg sombong; by ~, melalui udara, dgn kapal terbang: to send goods by ~, menghantar barang melalui udara; a change of ~, bertukar angin; clear the ~, a. membersihkan udara; b. (fig.) menjernihkan suasana: to clear the ~ by having a frank discussion, menjernihkan suasana dgn mengadakan perbincangan terus terang; /come, go/ by ~, / datang, pergi/ dgn kapal terbang; /come, go/ off the ~, menghentikan siaran; /come, go/ on the ~, memulakan penyiaran, mula ke udara; hot ~, gembar-gembur; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. gaseous substance enveloping earth, udara: to breathe in the mountain ~, menyedut udara gunung; the stale ~ in the cellar, udara hapak di bilik bawah tanah; ~ pressure, tekanan udara; 2. space above the earth, udara, angkasa, awang-awang(an): birds of the ~, burung-burung udara; battles fought in the ~, pertempuran yg berlaku di udara; Bombay seen from the ~, Bombay dilihat dr udara; 3. rel to flying or aircraft, udara: ~ freight, kargo udara; ~ travel, perjalanan dgn pesawat udara, penerbangan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vt 1. ventilate, menganginkan, mengudarakan: to ~ the room by opening all the windows, menganginkan bilik dgn membuka semua tingkap; 2. expose to air for drying, menganginkan: bedding should be thoroughly ~ed, alatan tempat tidur haruslah dianginkan dgn sempurna; 3. publicize, mengemukakan: she ~ed her views on a number of subjects, dia mengemukakan pendapatnya mengenai beberapa perkara; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 4. breeze, angin, bayu; 5. personal bearing, manner, gaya, lagak: with an ~ of importance, dgn gaya orang penting; with a lofty ~, dgn lagak sombong; 6. confident bearing, gaya /amat yakin, penuh keyakinan/: she stood, then spoke with an ~ of confidence, dia bangun lalu berucap dgn gaya penuh keyakinan; 7. outward appearance, aura, suasana: an ~ of opulence, suasana kemewahan; 8. (mus) air(Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata air

Puisi
 

Air keruh telaga keruh,
     Air di kendi membasuh kaki;
Tuan jauh saya pun jauh,
     Sama kita menahan hati.


Lihat selanjutnya...(217)
Peribahasa

Air tuba dibalas dengan air susu.

Bermaksud :

Kejahatan dibalas dengan kebaikan. (Bandingkan dengan: Air susu dibalas dengan air tuba).

 

Lihat selanjutnya...(224)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AIR TANAH

Air tanah ialah air yang terdapat di bawah

permukaan bumi. Ia ialah sumber air bagi telaga

dan banyak mata air. Air tanah membekalkan air

tawar di banyak bahagian dunia.

UMUM 
AIR TERJUN

Air terjun ialah air sungai atau air anak sungai

yang jatuh secara mendadak. Air terjun biasanya

terjadi apabila sebatang sungai merentasi batuan

pejal yang tahan terhadap hakisan (lihat Hakisan ).

UMUM 
OASIS

Oasis ialah kawasan subur yang mempunyai

tumbuh-tumbuhan di gurun, tempat air bawah

tanah berada sangat hampir dengan permukaan

tanah bagi mewujudkan telaga dan mata air. Air

yang terdapat di oasis asalnya turun sebagai hujan

atau salji di gunung atau bukit yang berjauhan.

Selepas meresap ke dalam tanah, air ini secara

perlahan-lahan meresapi batu-batan yang terdapat

di bawah tanah, lalu mengalir ke kawasan rendah

di gurun. Ia kemudian timbul semula di permukaan

bagi membentuk mata air atau cukup cetek untuk

memenuhi telaga. Kawasan yang mempunyai

tumbuh-tumbuhan di sepanjang anak sungai yang

sentiasa mengalir di gurun, juga dipanggil oasis.

UMUM 
TAKUNGAN AIR

Takungan air ialah suatu tempat air disimpan

dalam jumlah yang banyak untuk tujuan pengairan,

penjanaan kuasa elektrik, pembekalan air dan

rekreasi. Sesebuah takungan air mungkin semula

jadi atau dibina oleh manusia. Tasik semula jadi

mungkin dijadikan tempat takungan air yang

membekalkan air untuk beberapa buah bandar.

UMUM 
PINJAL AIR

Pinjal air ialah nama biasa bagi sekumpulan

krustasea kecil yang hidup terutamanya dalam

kolam dan tasik air tawar. Sebilangan kecil spesies

pinjal air hidup di lautan. Pinjal air adalah sumber

utama makanan bagi banyak ikan. Pinjal air

panjangnya kira-kira 0.2 milimeter hingga 18

milimeter. Haiwan ini mendapat namanya kerana

gerak renangnya yang tersentak-sentak seperti

lompatan pinjal. Pinjal air berenang dengan

melakukan pergerakan mendayung dengan

sesungut , yang terentang dari depan kepala. Pinjal

air mempunyai karapas (selaput badan) lut sinar

yang mengelilingi hampir seluruh badannya. Oleh

kerana pergerakan jantung dan organ-organ lain

pinjal air boleh dilihat secara langsung, haiwan ini

sering digunakan dalam ujian ubat.

UMUM 
PERMAINAN LUNCUR AIR

Permainan luncur air, sejenis sukan air yang

menguja dengan pemainnya “menunggang” buih

ombak di lautan. Penduduk di pulau yang kini

dikenali sebagai Hawaii telah bermain luncur air

sebelum penjelajah Christopher Columbus belayar

ke Dunia Baru pada tahun 1492. Sekarang permainan

luncur air sangat popular di banyak negara, termasuk

Australia , Brazil, Perancis, Indonesia, Jepun, Portugal,

Peru , Afrika Selatan, dan Amerika Syarikat.

UMUM 
PANCUTAN AIR PANAS

Pancutan air panas ialah mata air yang

memancutkan air panas dengan tekanan yang kuat

dari semasa ke semasa. Air panas sering kali

memancut dari lubang pancutan air panas dalam

lajur yang besar. Pancutan air panas menarik ramai

pelancong.

UMUM 
AIR MINERAL

 Air mineral yang juga dikenali air terudara atau

air galian ialah mata air yang mengandungi jirim

mineral atau gas yang tinggi. Jirim mineral

termasuk garam, garam Epsom, kapur, magnesia,

besi, silika, boron, fluorin, dan banyak lagi jirim

lain, termasuk juga bahan radioaktif.

UMUM 
METER AIR

Meter air ialah alat yang mengukur isi padu air

yang mengalir melalui paip atau saluran besar.

Jenis meter air yang paling dikenali memusingkan

nombor pada daftar yang berfungsi seperti

odometer (perekod perbatuan) pada kereta. Jenis

ini digunakan oleh syarikat air untuk mengukur

penggunaan air di rumah, kilang, dan premis

perniagaan.

UMUM 
KUMBANG AIR

Kumbang air ialah nama yang diberi kepada

banyak famili kumbang yang hidup dalam air.

Kumbang air biasa ialah whirligig, kumbang selam

pemangsa, dan kumbang air raksasa pebangkai.

Sesetengah serangga ini hidup sepanjang

hayatnya dalam air. Yang lain hidup dalam air atau

berhampiran dengan air hanya pada peringkat

larva.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas