Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata air sungai

Puisi
 

Hendak mandi paip berkunci,
     Turun ke sungai air pun masin;
Satu intan satu baiduri,
     Di mana boleh dipakai cincin?


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Suak,
     sungai satu air.

Bermaksud :

Sepupu yang berasal daripada satu keturunan. suak = teluk kecil.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AIR TERJUN

Air terjun ialah air sungai atau air anak sungai

yang jatuh secara mendadak. Air terjun biasanya

terjadi apabila sebatang sungai merentasi batuan

pejal yang tahan terhadap hakisan (lihat Hakisan ).

UMUM 
EMPANGAN TINGGI ASWAN

Empangan Tinggi Aswan merupakan

empangan yang dibina bagi mengelakkan

limpahan air Sungai Nil di Mesir.

UMUM 
FENOMENON PENGANGKUTANMekanisme pemindahan kuantiti asas, iaitu jisim, tenaga, dan momentum dari suatu tempat ke suatu tempat lain. Proses pengangkutan berlaku setiap detik. Udara sentiasa bergerak. Air sungai pula sentiasa mengalir. Matahari sentiasa menyinari bumi pada siang hari. Kepulan asap meresap ke udara dari serombong kilang, rumah atau kenderaan. Kefahaman tentang fenomenon pengangkutan amat penting untuk menganalisis dan mereka bentuk peralatan loji pemprosesan. Pengetahuan berkaitan ciri-ciri kuantiti asas dan mekanisme pengangkutan diperlukan bagi menentukan jenis reka bentuk yang sesuai. Begitu juga huraian secara terperinci tentang mekanisme pengangkutan menjadi amat bermakna dalam menerangkan operasi peralatan tersebut....Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANKonsep
DAYA PACUANMekanisme pemindahan kuantiti asas, iaitu jisim, tenaga, dan momentum dari suatu tempat ke suatu tempat lain. Proses pengangkutan berlaku setiap detik. Udara sentiasa bergerak. Air sungai pula sentiasa mengalir.KEJURUTERAANKonsep
SUNGAI RHÔNE

Sungai Rhône ialah jalan air komersial yang

penting di Perancis. Sungai ini masyhur kerana

keindahan lembahnya. Hulu sungai ini bermula di

glasier Rhône di Switzerland, di paras ketinggian

melebihi 1500 meter. Tanah liat glasier yang

dibawa oleh sungai ini dari Pergunungan Alps

Switzerland membuatkan air Sungai Rhône hampir

keruh. Tetapi semasa aliran sungai ini melalui Tasik

Geneva, ia kehilangan kebanyakan tanah liat glasier

di dasar tasik itu. Warna biru jernih air sungai ini

selepas ia meninggalkan Tasik Geneva, memberi

inspirasi kepada pemuisi Inggeris, Lord Byron,

untuk memerikannya sebagai “deruan biru Rhône

yang meluru seperti anak panah.”

UMUM 
TASIK NASSER

Tasik Nasser, terbentuk apabila air Sungai Nil

disekat oleh Empangan Tinggi Aswan di Mesir.

Tasik ini dinamakan sempena nama presiden

Mesir, Gamal Abdel Nasser. Empangan yang mula

beroperasi pada tahun 1968 itu terletak 684

kilometer ke selatan Kaherah. Tasik tersebut

dipenuhi air sepenuhnya pada tahun 1981. Tasik

Nasser meliputi kira-kira 4014 kilometer persegi.

Air dari tasik tersebut digunakan untuk mengairi

tanah ketika kekurangan air dan untuk menjana

kuasa hidroelektrik. Kuil Abu Simbel yang dibina

oleh firaun Ramses II, dipotong dari cenuram di

sepanjang Sungai Nil dan dialihkan ke tanah yang

lebih tinggi bagi mengelak daripada air yang naik

(lihat Kuil Abu Simbel ).

Lihat juga Empangan Tinggi Aswan.

UMUM 
SUNGAI

Sungai ialah kumpulan air yang banyak, yang

mengalir di atas bumi dalam bentuk terusan yang

panjang. Kebanyakan sungai bersumber dari

gunung atau bukit. Hulu sungai mungkin terjadi

daripada padang salji atau glasier yang mencair,

mata air, atau tasik yang airnya melimpah. Ketika

sungai mengalir, sungai itu menerima lebih banyak

air daripada anak sungai dan sungai lain, serta

daripada air hujan. Di hujung sungai ialah muara,

tempat air sungai mengalir masuk ke sungai yang

lebih besar, tasik, atau lautan.

UMUM 
SUNGAI AMAZON

Sungai Amazon ialah sungai kedua terpanjang di

dunia selepas Sungai Nil di Afrika. Sungai ini

merupakan sungai utama di Amerika Selatan dan

sepanjang 6437 kilometer. Sungai Amazon

mengandungi lebih banyak air daripada sungai-sungai

lain seperti Sungai Mississippi, Sungai

Yangtze, dan Sungai Nil yang digabungkan bersama.

UMUM 
LEMBANGAN

Lembangan ialah kawasan yang disalirkan oleh

sungai dan cawangan sungai. Lembangan yang

besar di dunia termasuk Sungai Mississippi di

Amerika Syarikat, Sungai Congo di Afrika, Sungai

Amazon di Amerika Selatan, dan Sungai Yangtze di

Asia.

Lembangan juga bermaksud kawasan yang

sungainya tidak mempunyai saluran keluar ke laut.

Bagi lembangan jenis ini, anak sungai mengalirkan

airnya ke dalam tasik, menyerap dalam pasir,

menjadi kering. Sesetengah lembangan jenis ini

mempunyai tasik air masin, seperti Tasik Great Salt

di Utah, Amerika Syarikat.

Lihat juga Lembangan Besar dan rencana dalam

Ensiklopedia Dunia tentang sungai dan tasik yang

disebut di dalam rencana ini.

Lembangan Besar ialah kawasan gurun yang

besar di Amerika Syarikat Barat. Di lembangan ini

terdapat beberapa tasik dan sungai. Air sungai

ini sama ada kering atau mengalir ke salah satu

daripada tasik di tempat ia menyejat. Lembangan

Besar ialah kawasan penyaliran dalaman kerana

sungainya mengalir dalam kawasan tersebut dan

bukan ke dalam kumpulan air yang terletak di luar

kawasan.

Lembangan ini meliputi kawasan seluas kira-kira

520 000 kilometer persegi di California,

Idaho, Nevada, Oregon, Utah, dan Wyoming. Sink

(kawasan rendah yang boleh menampung air)

terdapat di beberapa lembah. Lembangan yang

terbesar ialah Tasik Great Salt, Sink Carson dan

Humboldt, dan Tasik Piramid. Lekukan terdalam di

lembangan ini ialah (Death Valley) di California.

Lembangan Besar Artois ialah lembangan

artois yang terbesar di Australia. Lembangan ini

terletak di dalam sebahagian besar Queensland,

utara New South Wales, dan sudut timur

laut Australia Selatan. Daripada keseluruhan

kawasannya yang seluas kira-kira 1.5 juta kilometer

persegi, kira-kira 1500 lubang artois menyediakan

bekalan air yang tetap untuk pertanian. Lihat

Telaga artois .

UMUM 
SUNGAI SÃO FRANCISCO

Sungai São Francisco terletak di timur Brazil.

Sungai ini juga dikenali sebagai Sungai San

Francisco atau Rio São Francisco, dan berpunca di

negeri Minas Gerais. Sungai ini mengalir ke timur

laut, kemudian ke timur lalu membentuk

sempadan antara negara Bahia dengan

Pernambuco. Kemudian sungai ini berbelok ke

tenggara lalu mengalir ke Lautan Atlantik, 3199

kilometer dari puncanya. Air Sungai San Fancisco

yang mengalir dari gunung-ganang di Minas

Gerais, mengalir sebagai air terjun dan jeram,

kemudian membentuk menjadi sungai yang lebar,

sepanjang 1400 kilometer daripada laluan

tengahnya. Tetapi sejauh kira-kira 320 kilometer

dari Lautan Atlantik, sungai ini berbatu-batu dan

arus sungai ini menjadi deras.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas