Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : air turun (selepas pasang atau naik): mereka berjalan-jalan di tepi sungai yg kebetulan sedang ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : air turun (lwn air pasang), paras air laut yg turun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : air yg sedang turun (ttg air laut). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
surut (kata kerja)
1. Dalam konteks marah
bersinonim dengan reda, susut, menurun, merosot,
Berantonim dengan memuncak

2. Bersinonim dengan mundur: undur, berpatah balik,
Berantonim dengan mara

3. Dalam konteks paras air
bersinonim dengan susut
Berantonim dengan pasang

Kata Terbitan : menyuruti, menyurutkan,

Puisi
 

Orang mengail ikan gelama,
     Turun ribut datanglah takut;
Air surut kapal hilir sama,
     Air pasang ia tersangkut.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Seperti pasir di tepi pantai,
     (tatkala) air timpas bolehlah dibahagikan.

Bermaksud :

Tidak boleh membenarkan perbuatan (perkataan) orang-orang yang berkuasa ketika ia sedang marah, tunggulah dulu sampai reda kemarahannya. timpas = air surut yang serendah-rendahnya.

 

Lihat selanjutnya...(4)

210

The wheel of fortune is forever in motion

Nasib manusia tidak pernah tetap, yakni sentiasa berubah-ubah, ada kalanya baik dan ada kalanya buruk.

Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa

During her heyday on the silver screen, she was the nation's top actress, and she basked in luxury and fortune. Unfortunately, the wheel of fortune is forever in motion, and the disaster struck after her twentieth film.

Ketika zaman kegemilangannya dalam industry perfileman, dialah pelakon wanita nombor satu Negara, dan dia dilimpahi kemewahan dan kekayaan.Malangnya, air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa , dan bencana datang selepas filemnya yang ke dua puluh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SIPUT UNAM

Siput unam ialah nama biasa bagi beberapa

spesies siput kecil di pantai laut. Siput unam yang

terkenal ialah siput unam biasa di utara Eropah

dan di pantai Atlantik di Amerika Utara. Siput

unam ini melekap pada batu-batan di antara paras

air pasang dengan air surut. Cangkerangnya yang

tebal, berpilin berwarna perang kekelabuan atau

hampir hitam. Panjangnya boleh mencapai kira-kira

4 sentimeter.

UMUM 
PASANG SURUT

Pasang surut ialah turun naik paras air di

kawasan perairan yang luas mengikut jadual masa

yang tetap. Pasang surut mengawal kehidupan

orang yang tinggal di sepanjang kawasan pantai

dunia. Pasang surut juga penting bagi kanak-kanak

yang berenang di tepi pantai. Kanak-kanak akan

berenang semasa air sedang pasang dan mencari

kepah di pantai semasa air sedang surut. Pasang

surut air juga menandakan waktu bermula atau

berakhirnya bagi nelayan menangkap ikan kerana

nelayan memerlukan air pasang untuk keluar atau

masuk pelabuhan.

UMUM 
PESISIR LAUT

Pesisir laut ialah tempat di mana daratan dan

laut bertemu. Ia merupakan kawasan yang

sentiasa berubah. Apabila air pasang, kebanyakan

pesisir laut menjadi sebahagian lautan. Ketika air

surut, laut surut dan kawasan yang sama menjadi

sebahagian daratan semula. Tetapi selain

persekitaran yang sentiasa berubah ini, pesisir

laut menampung pelbagai jenis hidupan.

Kebanyakan organisma ini tidak hidup di kawasan

lain kecuali di sepanjang pinggir lautan.

UMUM 
SUNGAI SHANNON

Sungai Shannon ialah jalan air utama di

Republik Ireland dan sungai yang terpanjang di

Kepulauan British. Ia bermula dari pergunungan

Cuilcagh di barat laut Ireland dan mengalir ke barat

daya sepanjang 370 kilometer ke Lautan Atlantik

(lihat Ireland [peta]). Tiga tasik utama iaitu Allen, Ree

dan Derg terletak di sepanjang aliran sungai. Sungai

Shannon semakin melebar di Limerick, kira-kira 110

kilometer dari muara. Pasang surut air laut berlaku

di bahagian ini di mana terdapat pelabuhan di

Limerick dan Foynes. Sungai ini menjadi jalan air

utama untuk belayar sambil bersiar-siar.

UMUM 
OMBAK MUARA

Ombak muara ialah air yang mengalir deras

dalam teluk atau muara disebabkan oleh pasang

surut yang cepat.

UMUM 
MAELSTROM

Maelstrom ialah arus yang laju dan berbahaya di

Lautan Artik. Arus ini mengalir antara dua pulau di

kepulauan Lofoten, yang berhampiran dengan

pantai barat laut Norway. Maelstrom mengancam

pelayar-pelayar selama ratusan tahun. Maelstrom

menjadi lebih berbahaya apabila angin bertiup

bertentangan dengan arahnya, di antara air pasang

dan surut. Apabila ini berlaku, air akan membentuk

pusaran yang sangat besar dan boleh

memusnahkan kapal-kapal kecil.

UMUM 
SUNGAI LIMPOPO

Sungai Limpopo ialah sungai utama yang

mengalir sejauh 1600 kilometer di tenggara Afrika

(lihat Afrika Selatan [peta rupa bumi]). Sungai

Limpopo berpunca dari tanah tinggi dan

memisahkan Provinsi Utara di timur laut Afrika

Selatan dari Botswana dan Zimbabwe sebelum

menyeberangi Mozambique dan masuk ke Lautan

Hindi. Rudyard Kipling menggambarkan sungai

tersebut dalam ceritanya, “The Elephants Child”,

sebagai “Limpopo yang hebat, berwarna kelabu-hijau

dan berminyak”. Ia juga dikenali sebagai Sungai

Buaya. Jarak 97 kilometer yang terakhir di hilir sungai

ini ialah kawasan air yang mengalami pasang surut.

Ke hulu dari tempat ini, sungai tersebut berubah-ubah

daripada lelehan air yang sedikit pada musim

kering sehinggalah kepada banjir yang besar pada

musim hujan. Sungai Olifants ialah cabang utama

Sungai Limpopo.

UMUM 

Kembali ke atas