Pupfish adalah mana-mana satu daripada 30 spesies ikan kecil yang hidup terutamanya dalam mata air dan anak sungai di barat daya Amerika Syarikat dan Mexico. Pupfish mendiami perairan ini sejak Zaman Ais yang terakhir, kira-kira 50 000 tahun dahulu. Pada masa itu, sungai dan tasik meliputi kawasan tersebut, yang sebahagian besarnya adalah gurun. Kumpulan pupfish yang terasing hidup selepas kebanyakan air menjadi kering. Satu spesies, pupfish Devil’s Hole , hidup melebihi 20 000 tahun dalam mata air yang dalam di Kaunti Nye, Nevada, Amerika Syarikat. |