AKADEMI | Akademi ialah gelaran umum bagi sekumpulan orang atau sebuah pertubuhan yang menganjurkan perkembangan seni, sastera, sains atau apa-apa juga bidang ilmu. Ada juga sekolah yang dinamakan akademi. | UMUM | |
AKADEMI PERANCIS | Akademi Perancis ialah pertubuhan para intelektual Perancis. Ia dinamakan L’Académie Francaise dalam bahasa Perancis. Aktivitinya termasuk menganugerahkan hadiah sastera dan menerbitkan kamus bahasa Perancis. | UMUM | |
AKADEMI BRITISH | Akademi British ialah sebuah institusi di United Kingdom yang menggalakkan kesarjanaan dalam bidang kemanusiaan dan sains sosial | UMUM | |
AKADEMI PENGAJIAN MELAYU | AKADEMI PENGAJIAN MELAYU, sebuah pusat pengajian yang ditubuhkan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada tahun 1990. | BAHASA | Konsep |
ACADEMY OF MOTION PICTURE ARTS AND SCIENCES, | Academy of Motion Picture Arts and Sciences, pertubuhan sukarela. Akademi ini ditubuhkan pada tahun 1927 di Hollywood, Amerika Syarikat. Keahliannya berjumlah 4700 mewakili yang terkemuka dalam setiap peringkat kegiatan pembikinan filem. Tujuan akademi ini adalah membangunkan seni dan sains wayang gambar, mewujudkan kerjasama dalam industri demi kemajuan dalam bidang kebudayaan, pendidikan dan teknologi, dan mengiktiraf pencapaian cemerlang dalam industri ini dengan anugerah tahunan. | UMUM | |
TOLSTOY, ALEKSEI NIKOLAEVICH | Penulis Rusia dan ahli akademi sains. | SASTERA | Tokoh |
ANNAPOLIS | Annapolis ialah ibu negeri Maryland, negeri di Amerika Syarikat. Di sinilah terletak Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat. Annapolis terletak di sepanjang pinggir Sungai Severn di pantai barat Teluk Chesapeake. Susun atur bandar ini terdiri daripada dua bulatan di tengah-tengahnya dan jalan-jalan kecil bercabang-cabang ke semua arah. | UMUM | |
STETSON, JOHN BATTERSON | Stetson, John Batterson (1830–1906) ialah pengilang topi dan dermawan Amerika. Dia pergi ke Barat pada awal tahun 1860-an untuk memulihkan kesihatannya dan menggunakan pengetahuannya mengikut cita rasa Barat dan mereka bentuk topi sepuluh-gelen yang terkenal. Dia mendirikan sebuah kilang di Philadelphia, Pennsylvania pada tahun 1865, dan menjadi pengilang topi yang terkemuka di Amerika. Walaupun dia tidak pernah mendapat pendidikan rasmi, Stetson telah membiayai untuk sebuah akademi kecil di De Land, Florida. Akademi ini kemudiannya menjadi Stetson University. Stetson lahir di Orange, New Jersey. | UMUM | |
DANARTO | DANARTO (1940- ), penulis, pelukis dan aktivis teater Indonesia. Dia lahir pada 27 Jun 1940 di Mojowetan, Sragen, Jawa Tengah, Indonesia. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Dasar dan Sekolah Lanjutan Pertama di Sragen, dan kemudian di Sekolah Lanjutan Atas bahagian Sastera di Solo pada tahun 1958. Kemudian dia memasuki Akademi Seni Rupa Indonesia (ASRI) di Yogyakarta pada tahun yang sama, dan pada tahun 1961, dia memperoleh ijazah I dari akademi tersebut. Danarto menjadi pensyarah di Institut Kesenian Jakarta sejak tahun 1973. | SASTERA | Tokoh |
MUHAMMAD NAJIB | Muhammad Najib (1319 H.–1405 H. /1901 M.– 1984 M.) ialah pegawai kerajaan Mesir yang menjadi presiden dan perdana menteri Mesir yang pertama. Dia lahir di Khartoum dan menuntut di Kolej Ghourdoun yang bersejarah di Khartoum. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Akademi Tentera di Kaherah dan berjaya menamatkan pengajiannya di sana. Muhammad Najib dilantik sebagai pegawai dalam tentera Mesir. Dia berkhidmat dalam pasukan tentera sukarela semasa Perang Dunia II. Dia juga dilantik sebagai naib gabenor di Sina dan pemerintah pasukan tentera sempadan di daerah Laut Merah. | UMUM | |